Friday, August 17, 2012

Pangkalan tentera udara Pakistan diserang

jawatan kosong kerajaan
Kakitangan awam yang bekerja di Pangkalan Udara Minhas di Kamra, 60 kilometer ke barat laut Islamabad, menunggu di pusat pemeriksaan selepas pangkalan itu diserang militan semalam.
Islamabad: Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila militan bersenjatakan raifal dan pelancar roket menyerang pangkalan tentera udara utama Pakistan sebelum subuh semalam yang mencetuskan pertempuran sengit selama beberapa jam, kata pegawai.

Dua pegawai keselamatan antara yang maut di Pangkalan Tentera Udara Minhas di Kamra, sekali lagi menunjukkan menunjukkan kumpulan disyaki militan boleh menyusup masuk ke kawasan sensitif tentera di negara itu. Tentera Udara mengesahkan lima jam selepas serangan bermula semua enam penyerang maut di pangkalan itu, lokasi Kompleks Aeronautikal Pakistan yang mengumpulkan Mirage dan jet tempur JF-17. 
“Dua pegawai keselamatan dan semua lapan penyerang terbunuh,” kata jurucakap pangkalan itu kepada AFP menerusi telefon.

Serangan ke atas kemudahan yang terletak kira-kira 60 kilometer di barat laut Islamabad, bermula sejurus selepas jam 2.00 pagi waktu tempatan.

Pertempuran sengit

Pertempuran sengit berlaku antara kakitangan keselamatan dan kumpulan pengganas, kata Tentera Udara. 
Bunyi senjata dan bedilan roket, selain letupan bom tangan, boleh didengari, kata pegawai yang enggan dikenali.

Pasukan khas dikerah ke tempat kejadian ketika kakitangan lain diarah berada dalam berek dan siren ambulans turut kedengaran di kawasan itu.

Sekurang-kurangnya seorang penyerang memakai ves bunuh diri, kata jurucakap tentera udara.

Tiada pihak mendakwa bertanggungjawab tetapi militan Islam yang dikaitkan dengan Taliban Pakistan sering menyasarkan pangkalan tentera sejak melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pada Julai 2007.

Serangan pertama sejak 2011

Ia adalah serangan pertama ke atas pangkalan udara sejak Mei 2011, apabila ia mengambil masa 17 jam mematahkan serangan di Karachi didakwa dilancarkan Taliban, menambah keaiban kepada pasukan bersenjata beberapa minggu selepas tentera Amerika Syarikat membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan.

Namun ia adalah serangan kedua dalam masa beberapa minggu ke atas tentera berhampiran ibu negara yang dikawal, selepas penyerang pada 9 Julai lalu membunuh tujuh kakitangan keselamatan yang berkhemah di tepi sungai tidak sampai 160 kilometer ke tenggara Islamabad.

Di sebalik tidak aktif menangani serangan berprofil tinggi, Pakistan berhati-hati dengan keganasan yang berkebetulan dengan Hari Kemerdekaannya Selasa lalu dan sambutan Aidilfitri, hujung minggu ini.

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...