Friday, August 17, 2012

Remaja dipenjara curi cili

cili merah cili hijau

JAKARTA - Sebanyak tiga remaja dihukum penjara selama dua minggu selepas mereka ditangkap mencuri 20 kilogram (kg) cili dari sebuah ladang di Lumajang, Jawa Timur.

Menurut ketua polis Candipuro, Sutopo, ketiga-tiga remaja berumur 14 tahun itu mengaku melakukan jenayah berkenaan semata-mata untuk menambah perbelanjaan harian mereka.

"Sebelum ini mereka telah mencuri sebanyak dua kali di ladang yang sama. Selepas itu, mereka akan menjual hasil curi pada 14,000 rupiah (RM4.60) untuk setiap satu kg dan mengaut keuntungan sebanyak 280,000 rupiah (RM92.50) dalam satu masa," katanya sambil menambah remaja-remaja berkenaan berjaya ditangkap ketika melakukan jenayah berkenaan pada kali ketiga, kelmarin.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...