Friday, August 17, 2012

Gajah dibuntingkan guna sperma beku, lakar sejarah zoologi

Gajah dibuntingkan guna sperma beku, lakar sejarah zoologi
Gajah Afrika yang berjaya dibuntingkan.
VIENNA - Seekor gajah Afrika di Zoo Vienna disahkan bunting menggunakan sperma beku dari seekor gajah jantan liar dari benua itu yang mana pihak zoo percaya ia merupakan yang pertama di dunia.

Jurucakap zoo berkata, kehamilan juga pernah berlaku sebelum ini dengan menggunakan sperma beku membabitkan gajah Afrika dan Asia, namun percubaan itu gagal kerana berlaku komplikasi sehingga janin itu mati.

“Sekiranya anak gajah ini dilahirkan, ia akan menjadi sejarah terhadap proses persenyawaan yang dilakukan menerusi sperma beku," katanya.

Gajah digelar Tonga berusia 26 tahun itu kini sedang bunting sembilan bulan daripada tempoh 22 bulan.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...