2020550

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, August 11, 2012

Pengumpul kotak rokok terbanyak di dunia

Hobi Wang Guohua menyimpan koleksi kotak rokok membawa tuah kerana melayakkan namanya memasuki Guinness Book of Records sebagai pengumpul kotak rokok terbanyak di dunia. Wang telah berjaya mengumpul 30,000 kotak rokok dari seluruh dunia. Seperti yang anda lihat, kotak-kotak rokok yang dikumpulkan oleh Wang dilekatkan pada dinding supaya ianya lebih teratur serta mudah dilihat. Pengumpul kotak rokok dari China ini memulakan...

Sup kucing yang dizalimi

Di Beijing, kucing-kucing terbiar akan ditangkap dan dijual. Kemudian dibunuh dan dijadikan makanan eksotik . Kejadian ini benar-benar berlaku di sebuah pasar negara China. Lebih 10,000 ekor kucing dijual dan dibunuh setiap hari. Lebih kasihan apabila kucing-kucing ini dikurung dengan padatnya di dalam sebuah sangkar kecil sebelum dibunuh. Nasib haiwan malang ini lebih menyedihkan apabila proses memasak kucing ini dilakukan dengan...

Beruang dizalimi untuk hempedunya

Satu persatu 13 ekor beruang hitam Asia yang sakit dan trauma kerana disumbat ke dalam sangkar kecil ditolak keluar dari trak. Kini, penderaan yang amat menyiksakan haiwan malang itu sudah berakhir. Beruang-beruang itu dibawa ke pusat menyelamat di barat daya China. Kesemuanya menderita luka-luka yang menanah, selain penyakit-penyakit akibat kulit melecet setelah pundinya dipotong untuk diambil hempedu yang digunakan dalam perubatan di China. Namun,...

Monorel Terkandas Di Brickfields, Penumpang Keluar Ikut Skylift!

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields. Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift. Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah. Ketiga-tiga mereka dikejarkan...

Suami isteri maut ketika dalam perjalanan untuk buka puasa

Abd Razak Elias SERDANG – Tidak sampai 24 jam 'Op Selamat' dilancarkan, sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggangi kedua-duanya terbabas di Kilometer 17.21 Lebuh Raya Mex, menghala ke Putrajaya di sini malam tadi. Difahamkan, kedua-dua mangsa dari rumah mereka di pangsapuri Enggang Bandar Kinrara 6 di sini dalam perjalanan ke rumah kakaknya di Putrajaya untuk berbuka puasa. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd...

Misteri ibu lahirkan batu permata ( Video )

Seorang ibu suri rumah tangga mengaku melahirkan ratusan batu permata. Kejadian misteri tersebut terjadi di Takalar, Sulawesi Selatan. Berita mengenai perkara misteri itu terus tersebar. Akibatnya, ramai penduduk setempat dan dari luar datang bagi melihat sendiri kejadian pelik tersebut. Suhartina, ibu yang melahirkan batu permata, kecewa dengan apa yang dia alami. Dia dan suaminya terlalu inginkan cahaya mata. Namun, setelah menanti sembilan...

Kembar siam bintangi rancangan realiti TV

Abigail (kiri) dan Brittany memiliki ikatan luar biasa sehingga mereka ditawarkan membintangi rancangan realiti TV. WASHINGTON - Doktor mengesahkan pasangan kembar siam perempuan yang dilahirkan 22 tahun lalu di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) hanya mampu hidup kurang dari dua hari. Namun, Abigail dan Brittany Hensel menyangkal andaian itu, apabila kedua-duanya masih hidup sehingga ke hari ini. Pasangan kembar yang berkongsi badan tetapi...

Qiam With Me, Kelantan cipta sejarah

Qiam With Me, Kelantan cipta sejarah KOTA BHARU- Kelantan negeri pertama di negara ini mencipta sejarah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) dengan penyertaan terbesar seramai 6,000 rakyat berqiamulai bersama Sultan Muhammad V, malam kelmarin. Terdahulu dalam majlis bersempena Qiam With Me bersama Sultan Muhammad V yang bersejarah dan julung kali diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian itu, baginda menunaikan solat Isyak...

Mimpi Dirang terus datang

Selain kerap ke kubur, baju dan foto Dirang menjadi pengubat rindu Roselyn PASIR GUDANG – “Mak, kalau nak jumpa saya, kena banyak sembahyang...” Demikian mimpi pertama Roselyn Alan, 25, selepas anak perempuannya, Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang dibunuh dan dibakar Mac lalu. Roselyn berkata, mimpi itu hadir ketika mereka sekeluarga pulang ke Sarawak untuk melupakan seketika kesedihan dan kepahitan yang dialami selepas terpaksa menerima...

Berkahwin 22 kali sambil kelilingi dunia

Alex dan Lisa melakukan upacara pernikahan mengikut adat resam penduduk di Guatemala. LONDON - Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui. Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan...

Gadis meraung bawah treler

KULIM: Seorang remaja perempuan nyaris maut apabila motosikal yang ditungganginya terperosok di bawah sebuah lori dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah kilang di Kulim Hitech, dekat sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 21 tahun dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum merempuh bahagian tengah treler berkenaan. Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, sebaik tiba di...

CCTV rakam hantu budak

RAKAMAN kamera menunjukkan satu bentuk ganjil melompat di atas kereta. LONDON : Sepasang suami isteri di Clifton yang memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangkap penceroboh terkejut apabila ia merakam apa yang mereka percaya hantu kanak-kanak melompat di atas kereta mereka. Lisa Rigley, 44, dan suami, Phil, 51, memasang kamera itu di luar kediaman mereka selepas berlaku beberapa pencerobohan terhadap kereta mereka. Tetapi selepas...

Cabut nyawa rakan baik

gambar hiasan JITRA: Seorang lelaki warga Pakistan yang dalam kebingungan sempat menghubungi majikannya untuk memaklumkan dia baru saja membunuh rakan senegaranya ketika bersahur dalam kejadian di Kuarters Ladang Paya Kamunting, dekat sini, awal pagi semalam. Lelaki berusia 30-an itu dipercayai panik sejurus mendapati rakannya, Mohamad Faheem Mohamad Habib Khan, 25, berlumuran darah selepas dipercayai ditetak dengan senjata tajam apabila...

'Mak, ular patuk saya'

gambar hiasan TEMERLOH: “Saya sungguh tidak sangka apabila anak mengatakan dia dipatuk ular itu kerana saya sangka dia bergurau berikutan sebelum ini banyak bercakap perkara bukan-bukan seperti telinga digigit biawak dan binatang menjalar termasuk cacing adalah ular,” kata Seri Junaida Husin, 37, ibu kepada mangsa patukan ular tedung selar, Ahmad Danny Fitri Zainor Hisham, 4. Seri Junaida berkata, ketika kejadian dia sedang berehat dalam...

Manusia pertama yang mempunyai tatu di bebola mata

Seorang lelaki Toronto telah menjadi manusia pertama yang mempunyai tatu di bebola mata. Dia telah menjadikan bahagian putih matanya menjadi biru. Tatu di bahagian kornea biasanya digunakan untuk pesakit yang mengalami trauma mata, bukan untuk perkara seperti ini, yang disebut pengubahsuaian tubuh. Lelaki ini memerlukan 40 suntikan dakwat biru sepanjang prosedur dijalankan. Warna disuntik di bawah lapisan mata menggunakan jarum suntikan.  Pada...

Britain bantu pemberontak Syria

KEPULAN asap akibat bedilan tentera Syria dilihat beberapa orang di daerah Shaar, utara Aleppo kelmarin. LONDON - Britain akan menghantar bekalan bukan senjata bernilai £5 juta (RM24.29 juta) kepada kumpulan pemberontak yang menentang rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad, kata Setiausaha Luar, William Hague semalam. "Ekoran ketiadaan perkembangan proses diplomatik, United Kingdom akan menghantar bantuan lebih banyak lagi. Kami akan meningkatkan...

Berjalan di atas kabel tanpa jaring keselamatan

BEBERAPA orang menyaksikan Wallenda berjalan di atas kabel di Bandar Atlantic kelmarin. BANDAR ATLANTIC, New Jersey - Seorang pelagak ngeri, Nik Wallenda berjalan di atas kabel sepanjang 396 meter dan setinggi 30 meter di sebuah pantai di sini kelmarin. Bagaimanapun, Wallenda yang berusia 33 tahun melakukan aksi tersebut tanpa menggunakan peralatan abah-abah keselamatan. Seorang guru, Norren Saggese yang tinggal di Resort Tropicana dan...

Bermain piano yang diangkut belon udara

SEORANG pelagak ngeri berpura-pura bermain piano yang diangkut sebuah belon udara panas di Vilnius semalam. VILNIUS, Lithuania - Seorang pelagak ngeri berpura-pura bermain piano yang diangkut sebuah belon udara panas di sini semalam. Pertunjukan itu diadakan sempena Festival Piano. sumber - AFP...

Khabar angin Jolie berkahwin di Perancis

GAMBAR fail Jolie dan Pitt. CORRENS - Sejumlah jurufoto dan wartawan kelmarin bergegas ke rumah pasangan pelakon terkenal, Brad Pitt dan Angelina Jolie di selatan Perancis ekoran khabar angin mengenai perkahwinan mereka. Namun, beberapa pegawai tempatan menyatakan, mereka tidak mengetahui akan terdapat majlis perkahwinan di kawasan tersebut. Sebuah akhbar tempatan, Var Matin menafikan laporan sebuah stesen televisyen France 3 yang melaporkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...