2020539

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, February 14, 2013

Video: Anak jatuh motor, ayah terus memecut

Video yang mengejutkan apabila seorang anak yang membonceng motosikal bersama ayahnya tiba-tiba terjatuh namun perkara tersebut langsung tidak disedari oleh si ayah. Kejadian ini berlaku di sebuah persimpangan lampu isyarat. Dipercayai si ayah memecut motosikalnya setelah lampu bertukar hijau. Secara tidak sengaja, anaknya telah terjatuh di atas jalan raya. Si anak terpinga-pinga bangun ke tepi dan cuba mengejar ayahnya. Setelah jarak beberapa...

Masih tersenyum walau berhadapan dengan singa

Cuba bayangkan, seekor singa yang besar secara tiba-tiba melompat ke atas kenderaan anda. Sudah pastilah ramai yang akan bertempiaran lari, malah mungkin ada yang pengsan akibat terlalu takut. Namun reaksi mereka ini agak selamba dan masih mampu tersenyum. Apakah yang berlaku sebenarnya? ...

Lampu isyarat paling mengelirukan

Berhenti! Jalan! Entah bagaimana untuk mentafsir lampu isyarat yang terletak di Chongqing, China, ini. Ianya amat mengelirukan. Namun pihak berkuasa tempatan mengarahkan kesemua  pengguna jalan raya untuk mengabaikan lampu isyarat tersebut kerana ianya hanyalah untuk menghiasi persimpangan jalan itu dan tiada kena-mengena dengan peraturan jalan raya. ...

Penunjuk perasaan bakar diri

KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam. Menurut beberapa saksi, lelaki itu memakai pakaian seperti sami memasuki sebuah kafe dan meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air. Dia kemudian keluar ke jalan raya dan membakar dirinya. Lelaki tersebut berlari beberapa langkah ketika tubuhnya terbakar dan menjerit slogan menentang China sebelum...

Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan

BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin. Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara. Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia. Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal. Wajahnya...

Bank yang diuruskan oleh seorang kakitangan sahaja

GAMMESFELD, Jerman - Seorang lelaki yang menguruskan sebuah bank koperasi di sini telah memastikan pengurusan kewangan penduduk sebuah kampung berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah dengan cara yang tersendiri. Lelaki itu, Peter Breiter, 41, merupakan seorang pengurus bank yang luar biasa kerana dia tidak mengharapkan sebarang bonus yang besar, instrumen kewangan yang canggih dan tawaran kewangan berjuta ringgit. Dia yang memegang...

Acara unik pengantin Thailand rai perkahwinan

BANGKOK - Tiga pasangan pengantin Thailand meraikan perkahwinan mereka pada satu majlis yang unik di wilayah Prachin Buri, timur Bangkok semalam. Majlis perkahwinan itu dianjurkan sebuah resort yang bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan antara suami dan isteri. Pasangan yang menyertai acara itu ialah Sopon Sapaotong, 41, dan isterinya, Chutima Imsuntear, 37, selain Prasit Rangsiyawong 29, yang berkahwin dengan Varuttaon Rangsiyawong,...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...