2020581

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Thursday, September 20, 2012

Lindsay Lohan ditahan terlibat dalam kes langgar lari

Lindsay Lohan NEW YORK - Aktres Hollywood, Lindsay Lohan ditahan polis selepas terlibat dalam kes langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di Manhanttan di sini semalam. Seorang jurucakap Jabatan Polis New York berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 2.30 pagi dan Lohan ditahan selepas melarikan diri sejurus melanggar pejalan kaki berusia 34 terbabit yang mengalami kecederaan di bahagian kaki. Kejadian tersebut berlaku ketika pelakon...

Lelaki rebus isteri 4 hari

LOS ANGELES - Seorang chef  mengaku merebus mayat isterinya secara perlahan-lahan selama empat hari sebelum menyembunyikan tulang wanita itu di kediaman ibunya, tiga tahun lalu. David Viens memberikan kenyataannya itu semasa dirawat di hospital pada Mac 2011 selepas terjatuh ke dalam curam sejauh 24.4 meter di Rancho Palos Verdes, apabila menyedari namanya disenaraikan sebagai suspek utama kes kehilangan isterinya, Dawn Viens, 39, lewat...

Gunting yang mempunyai laser

Kita sering menghadapi masalah untuk mendapatkan potongan yang tepat dengan menggunakan gunting.  Dengan teknologi baru, kegunaan gunting diperbaharui dengan fungsi laser penanda. Produk yang diberi nama Laser Guided Scissors ini amat sesuai digunakan untuk menggunting kertas dan juga fabrik. Harga produk ini dianggarkan sekitar U$D15.00 hingga U$D20.00.  ...

Kesan tapak kaki seakan haiwan

Jika anda bosan dengan tapak kaki sedia ada, anda boleh mencuba sandal ini. Ianya memberikan kesan tapak kaki anda seakan seekor anjing ataupun ayam. Sandal yang kreatif ini sesuai dijadikan hadiah untuk kanak-kanak. ...

Laluan maut hampir makan nyawa lagi

Proton Saga dipandu Rama yang terbabas ketika melalui persimpangan maut di Kampung Paya Lebar - Ayer Molek - Lubok Cina, malam kelmarin. ALOR GAJAH - Persimpangan laluan maut Kampung Paya Lebar - Ayer Molek, di sini menyaksikan satu lagi kemalangan membabitkan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, mangsa, Rama, 28, dari Rumah Rakyat Lubok China, dekat sini, nyaris maut apabila kereta...

Pulau Paling Romantik Di Dunia

Tavarua Island, Fiji merupakan salah satu pulau paling romantik di dunia. Sebenarnya pulau ini tiada langsung kemudahan asas untuk pasangan bercinta seperti saat-saat romantik yang diidamkan. Apa yang menjadikan ia tarikan ialah bentuk pulau ini sama seperti hati. Tidak hairanlah jika ada sesetengah pihak yang menggelarkan pulau ini sebagai Syurga Cinta. ...

Pasangan khalwat beri alasan dihalau keluarga

Mohd Anuar ketika menyoal siasat pasangan yang dicekup. KLUANG - Sepasang kekasih menggunakan alasan dihalau keluarga untuk meraih simpati Penguatkuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang agar mereka terselamat daripada ditangkap di sebuah bilik sewa di Pekan Simpang Renggam, di sini, awal pagi semalam. Pasangan yang berusia di antara 22 hingga 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3 pagi dalam satu operasi Cegah Maksiat yang dijalankan. Pegawai...

Cawan kopi yang boleh dimakan

Idea yang menarik apabila bukan sahaja kopi yang boleh diminum, malah cawannya juga turut  boleh dihabiskan. Cawan kopi ini diperbuat sepenuhnya daripada biskut justeru dinamakan sebagai Cookie Cup. Ianya adalah hasil kreativiti Enrique Luis Sardi, seorang pereka dari Venezuela untuk kopi Itali jenama Lavazza. Sebenarnya, konsep cawan ini telah lama dipraktikkan untuk penghasilan kon ais krim. ...

Remaja terpaksa tanggung kesakitan kaki terperosok dalam lubang

Norbaini (kanan) dan seorang lagi wakil Pejabat Parlimen Kuantan menunjukkan lantai yang pecah dan berlubang setelah dipijak remaja terbabit. KUANTAN - Niat seorang remaja yang ingin bersiar-siar di sekitar kawasan India Town terbantut apabila dia cedera di bahagian lutut setelah lantai kaki lima bangunan kedai, di situ, pecah sebaik sahaja dipijak. Remaja berkenaan, Lim Yu Xin, 19, berkata, kejadian berlaku Jumaat lalu semasa dia keluar berjalan-jalan...

Maut dilanggar treler

Keadaan mangsa maut di lokasi kejadian akibat dirempuh treler. SUNGAI PETANI – Seorang lelaki maut terbabit dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki bersama seorang rakan dilanggar sebuah treler dari belakang dekat laluan Laguna Merbok–Sungai Layar di sini, kira-kira jam 1 petang, kelmarin. Mangsa dipercayai berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari arah Plaza Tol Sungai Petani Utara ingin membelok ke Bandar Laguna Merbok sebelum dilanggar...

Hentak kepala ketua pengawas

SAKIT...Logaganapathy (kanan) menunjukkan balutan jahitan di kepala Saturpaghan. PETALING JAYA: Seorang penolong ketua pengawas menerima lapan jahitan di kepalanya selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang pelajar lain dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di Taman Medan, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa, K Saturpaghan, 16, dikepung lebih 10 pelajar di hadapan sekolahnya sebelum...

Pemuda mati dibunuh selepas bertemu rakan

Mayat mangsa dituntut keluarga di Hospital Kajang, semalam. SEREMBAN – Seorang lelaki mungkin tidak menyangka panggilan telefon diterima daripada seorang rakan untuk bertemu di sebuah lokasi, adalah panggilan maut untuknya. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah, dipercayai dibunuh di sebuah kawasan berhampiran sebuah tokong Cina di Broga, Nilai, kelmarin. Mangsa yang tidak bekerja...

Curi laptop adinda Sultan Kelantan

Mahadi cuba menutup mukanya ketika dibawa ke mahkamah, semalam. KOTA BHARU – Tindakan seorang pengawal keselamatan istana mencuri komputer riba milik adinda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Ogos lalu mengundang padah apabila dia dihukum dua tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Hukuman diputuskan selepas Mahadi Mahamad, 35, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. Dia didakwa mencuri komputer riba berjenama Apple bernilai...

Pekerja ladang berasmara dengan keldai

TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle. Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala. Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu. Romero ditahan kerana disyaki melakukan...

Rekod Dunia pakai 302 helai seluar dalam

LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness. Menggelar dirinya “Pantsman,” Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness.  Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai...

Pembedahan pertama pemindahan rahim ibu kepada anak di dunia

TIGA daripada lebih sepuluh pakar bedah yang melakukantransplan rahim ibu kepada anak perempuan di Sweden. Dari kiri: Andreas G Tzakis, Pernilla Dahm-Kähler dan Mats Brannstrom. STOCKHOLM - Sepasukan doktor di Sweden berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim daripada ibu kepada anak perempuan yang pertama di dunia, kata satu pasukan perubatan kelmarin. Universiti Gothenburg menyatakan, dua wanita tempatan berusia dalam lingkungan 30-an...

Doktor pakar disamun

AZHAM memperkatakan sesuatu kepada Ida Zarina yang cedera disamun ketika ditemui di HUSM semalam. KOTA BHARU – Seorang doktor pakar mengalami detik cemas apabila bukan sahaja kenderaan pelbagai guna jenis Nissan Grand Livina miliknya lesap malah, dia cedera di beberapa anggota badan akibat disamun di Kampung Demit di sini kelmarin. Kejadian pukul 7 pagi itu berlaku ketika Dr. Ida Zarina Zaini, 38, yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital...

Parlimen Australia tolak perkahwinan sejenis

SYDNEY - Parlimen Australia semalam mengundi sebulat suara menolak perkahwinan gay, selepas beberapa hari berlangsungnya perdebatan hangat yang menyaksikan seorang senator meletak jawatan selepas mengaitkan kesatuan seks sejenis dengan sifat kebinatangan. Dewan Rakyat membatalkan rang undang-undang bagi menghalalkan perkahwinan pasangan sejenis apabila memperoleh 98 undi menentang dan 42 undi menyokong. Perdana Menteri, Julia Gillard dan pemimpin...

Jerman larang penggunaan Internet Explorer

FRANKFURT - Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp. Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam. Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu...

Korea Selatan haramkan novel lucah Perancis

SEOUL - Korea Selatan mengharamkan penjualan sebuah novel lucah hasil nukilan penulis dan bangsawan Perancis abad ke-18, Marquis de Sade (gambar) kerana mengandungi kelucahan keterlaluan, kata seorang pegawai semalam. Pegawai Kanan Suruhanjaya Etika Penerbitan Korea, Jang Tag-Hwan berkata, pihaknya meminta penerbit novel The 120 Days of Sodom menarik balik bahan bacaan itu daripada pasaran. Beliau juga mengarahkan semua salinan novel tersebut...

Pemerkosaan, samun gadis terdesak

KHAIRI menunjukkan gambar fotofit suspek kes rogol (belakang) pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR – Seorang lelaki bertindak licik apabila menjadikan sebuah bilik hotel bajet di Taman Segar, Cheras di sini kononnya sebagai tempat temu duga namun sebaliknya merogol dan menyamun seorang gadis yang merupakan siswazah sebuah kolej swasta Khamis lalu. Mangsa berusia 22 tahun tersebut dikatakan terpedaya dengan helah suspek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...