2020560

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, August 29, 2012

Robot seakan manusia paling kecil

Robot seakan manusia paling kecil di dunia yang pernah dihasilkan ialah BeRobot dengan ketinggian 153 mm (6 inci). Ini disahkan sendiri oleh Guinness World Records. Keunikan yang terdapat pada robot tersebut ialah ianya mampu berjalan, menendang, serta mampu melakukan tekan tubi. BeRobot dihasilkan oleh GeStream, sebuah syarikat dari Taiwan dan pertama kali dipertontonkan di Global SMEs Convention di Kuala Lumpur,...

Anjing paling kecil di dunia

Anjing adalah diantara haiwan peliharaan paling popular di dunia. Boo Boo, dari baka Chihuahua ini merupakan anjing paling kecil di dunia yang masih hidup berdasarkan ketinggian serta panjang bulunya. Ukuran ketinggiannya ialah 10.16 cm (4 inci) dan disahkan oleh Guinness World Records pada 12 May 2007. Anjing istimewa ini dimiliki oleh Lana Elswick yang menetap di Raceland, Kentucky, Amerika....

Tangan wanita hampir putus ditetak peragut

Orang ramai membantu mangsa yang cedera ditetak peragut di Kota Bharu, Kelantan hari ini. KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik swasta hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan...

Chainsaw terbesar di dunia

Chainsaw adalah gergaji berenjin yang sering digunakan untuk menebang pokok besar seperti kayu balak. Penggunaan chainsaw memerlukan kemahiran dan harus digunakan secara berhati-hati kerana kesilapan yang dilakukan mampu mendatangkan kecederaan atau kematian.  Di Amerika, terdapat sebuah chainsaw berukuran gergasi yang dinamakan 'Big Gus' direka oleh Moran Iron Works, Inc. di Onaway, Michigan, USA pada tahun 1996. Ianya berukuran 6.98...

Kes Amuk: Pakai Topeng Power Rangers Hadir Mahkamah

Muhdalena Ahmad, 28, memakai topeng ketika meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen Putrajaya di sini hari ini. -Foto Bernama PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung...

Dua beradik beli topup, kakak dirogol

gambar hiasan SABAK BERNAM: Perjalanan pulang dua beradik ke rumah selepas membeli topup berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka dirogol dalam kereta selepas motosikal yang mereka naiki dilanggar dalam kejadian di Parit 13, Sungai Panjang, di sini, kelmarin. Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi. Berikutan...

Kreatif! Hotel Mini Yang Boleh Di Lipat

M-Velope merupakan satu struktur mini hotel peribadi yang boleh berubah bentuk mengikut kehendak pengguna. Hotel mini yang dikenali sebagai M-Velope ini mesra alam dan dihasilkan daripada kayu cedar merah yang berkualiti tinggi. M-velope boleh didirikan sama ada dalam bentuk binaan biasa atau secara bergabung. M-Velope boleh didirikan dalam konfigurasi yang berbeza malah dengan adanya "slotted panel" pengguna boleh melipat struktur kerangka utama...

Malang harimau bintang

KAKI harimau ini tertusuk besi pagar menyebabkan dia tidak dapat melarikan diri. NEW DELHI: Seekor harimau bintang meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore, lapor media semalam. Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter. Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap...

Sesame Street 'Von Counth' meninggal dunia

Jerry Nelson PEMERGIAN figura yang meminjamkan suaranya untuk watak penghisap darah-puntianak, Count Von Count menerusi drama Sesame Street, Jerry Nelson  meninggalkan seribu kenangan buat peminatnya. Jerry meninggal dunia pada usia 78 tahun akibat komplikasi beberapa penyakit dan masalah saluran pernafasan yang serius. Selain meminjamkan suaranya untuk watak puntianak, semasa hayatnya, Jerry turut menyumbangkan suaranya untuk Herry Monster,...

Penyanyi Itek Gembo-Gembo dapat anak lelaki

Anak lelaki Lan yang diberi nama Muhammad Darwish PENYANYI berkumpulan yang terkenal dengan lagu Itek Gembo-Gembo, Lan A to Z dan isteri, Siti Nur Ain Daut menimang cahaya mata lelaki, semalam. Bayi seberat 3.1 kilogram yang diberi nama Muhammad Darwish itu dilahirkan pada 2.45 petang di Hospital Selayang. Lan atau nama sebenarnya, Norazlan Abd Aziz, 43, ketika dihubungi Sinar Harian Online sebentar tadi menyatakan keterujaannya dengan...

Soyeon T-ara Kemalangan

Soyeon AHLI kumpulan, T-ara, Soyeon yang terlibat dengan kemalangan jalan raya baru-baru ini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Menurut sumber yang juga rakan terdekatnya, doktor menasihati Soyoen berehat panjang di rumah. "Memandangkan ketika itu dia sebenarnya dalam perjalanan untuk penggambaran drama terbarunya, Haeundae Lovers, jadi pihak produksi terpaksa menangguhkan penggambaran tersebut. "Bagaimanapun, berapa lama ia terpaksa...

Padah selera songsang! Remaja dicabul dalam kereta

ROMPIN - Gara-gara menjalin hubungan cinta songsang, seorang remaja dibelasah dengan tongkat kayu sebelum dicabul dua lelaki di dalam sebuah kereta ketika dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Temerloh. Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Ina (bukan nama sebenar) bukan saja dibelasah dan dicabul, malah dia yang berada di tempat duduk penumpang belakang turut dimaki dengan kata kesat dan dipaksa makan cili api. Lebih mengaibkan,...

Banjir terburuk sejak 30 tahun

Wan Yusof (dua, kiri) meninjau keadaan dinding belakang rumah penduduk (kanan) yang roboh ditimpa air banjir. TANAH MERAH - Insiden banjir kilat yang berlaku pada malam 21 Ogos lalu, disifatkan bencana alam terburuk pernah berlaku sejak lebih 30 tahun di Air Naga sehingga menyebabkan 25 rumah penduduk terjejas. Lebih menyedihkan insiden tersebut membuatkan ramai penduduk menanggung kerugian apabila haiwan ternakan, kereta, motosikal, kelengkapan...

Derita bayi atas kecuaian suntikan

Nazirah bersama Nor Affendi dan Hayyzi Zykril yang didakwa menjadi mangsa kecuaian pihak klinik. MALAU - Seorang ibu mendakwa sebuah klinik desa perlu bertanggungjawab di atas kecuaian memberikan suntikan imunisasi sehingga menyebabkan anaknya, Muhammad Hayyzi Zykril Al-Muiz yang berusia empat bulan terpaksa menjalani pembedahan akibat terkena jangkitan kuman di Desa Keda Malau, Jitra, semalam. Nazirah Ghazali, 25, berkata, bimbang dengan...

Hantu kanak-kanak dirakam di kedai berhantu

Video ini telah dimuat naik di Youtube oleh Andrew Dasilva. Dia mendakwa video asal cctv ini diberikan oleh rakannya. Setelah beberapa siasatan dilakukan, kedai berhantu tersebut disahkan didirikan di atas bekas tapak rumah anak yatim yang dinamakan Yorkshire Orphan Asylum. Hantu kanak-kanak tersebut kemungkinan juga adalah bekas penghuni rumah tersebut yang telah meninggal dunia. Dalam video cctv ini, kelihatan seorang kanak-kanak...

Mat Lejang Solo tersungkur

Abdul Majid (tengah) menunjukkan hasil rampasan dalam kes curi motosikal. KLUANG - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikenali sebagai Mat Lejang Solo yang aktif dalam kes curi motosikal di daerah ini berjaya ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) setelah terlibat dalam kes mencuri dan meleraikan motosikal sebelum menjualnya kepada mat-mat rempit 16 Ogos lalu. Hasil maklumat serta risikan yang dibuat sebelum...

Misteri kesan tapak kaki melekat pada batu

Omar (kanan) menunjukkan kesan tapak kaki yang masih jelas kelihatan. KUALA TERENGGANU – Bukan sesuatu asing bagi masyarakat di sini, apabila ditanya mengenai kesan tapak kaki manusia pada batu besar yang terletak di kawasan Tanah Perkuburan Kampung Maras, di sini, kerana ia sememangnya terselit sejarah dan cerita yang tersendiri. Malah, kesan tapak kaki berukuran kira-kira 12 inci (0.3 meter) itu turut menjadi tumpuan ramai setiap kali berlangsungnya...

Keganasan amukan kumpulan samseng

Rakaman CCTV menunjukkan beberapa orang bertindak memukul dan memecahkan cermin lori milik keluarga mangsa sambil ada yang membaling objek berapi ke dalam rumah. Ahli keluarga mangsa menunjukkan cermin kereta Waja yang dipecahkan penjenayah terbabit. Gunasegaran menunjukkan cermin pintu rumahnya pecah akibat dibaling dengan objek keras. KALUMPANG - Akibat dendam, sekumpulan ahli kongsi gelap bertindak memecahkan cermin empat kenderaan...

Jerman Perkenal Bas Terpanjang Di Dunia

Autotram Extra Grand BERLIN - Jerman bakal memperkenalkan bas awam terpanjang  di dunia, Autotram Extra Grand  98 kaki (32.6 meter) panjang dan mampu memuatkan 256 penumpang pada satu-satu masa. Ia akan digunakan mulai Oktober ini selepas tamat ujian keselamatan. Bas tersebut yang digambarkan sebagai ‘kereta api beroda’ itu diperkenalkan buat pertama kali di bandar Dresden, dijangka dapat memenuhi keperluan sistem pengangkutan...

Majlis bakar dadah

BEBERAPA pegawai polis dan orang ramai melihat dadah berjumlah lebih satu tan dibakar dalam satu majlis di Phnom Penh semalam. PHNOM PENH - Kerajaan Kemboja memusnahkan pelbagai jenis dadah berjumlah lebih satu tan dalam satu majlis yang berlangsung di sini semalam. Media tempatan melaporkan, semua dadah tersebut yang merupakan hasil rampasan oleh pihak berkuasa dibakar pada majlis berkenaan. Selain pihak media, polis dan orang awam majlis...

10 Selebriti Terkaya Indonesia

Majalah Globe Asia di Indonesia telah menyenaraikan sepuluh artis Indonesia terkaya. Ia dipertimbangkan selepas mengira semua hasil selebriti tersebut dari sudut keuntungan perniagaan dan bayaran yang diterima oleh artis tersebut melalui bidangnya – tidak termasuk kekayaan pasangan atau harta keluarga. Anda pasti sangka artis seperti Ahmad Dhani atau Kris Dayanti akan memasuki carta, bukan? Salah. Malah ada antara artis yang tersenarai di sini sudah...

Tragedi terkubur hidup-hidup

Beberapa penduduk melihat kubur yang meragut nyawa Zailan (gambar kecil) di Kampung Penak, Mentakab semalam. TEMERLOH - Seorang penggali kubur menemui ajalnya selepas tertimbus selama kira-kira lima minit di dalam liang lahad yang digalinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Penak dekat Mentakab di sini semalam. Sebelum kejadian pada pukul 10.15 pagi, Zailan Hamid, 40, sedang menggali tiang lahad untuk mengebumikan seorang penduduk kampung,...

Aksi ghairah Julie Woon di majalah Men's Health

Jika sebelum ini Zarina Anjoulie mencetuskan kontroversi apabila tampil seksi dalam majalah FHM Indonesia, kini nama pengacara dan pelakon Julie Woon menjadi bualan hangat di beberapa forum hiburan tempatan apabila gambar aksi beraninya menjadi penghias majalah. Beberapa keping foto telah dirakamkan menunjukkan Julie Woon tampil seksi di sisi seorang model lelaki. Dalam majalah Men's Health keluaran Februari 2012, wanita berusia 27 tahun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...