Wednesday, August 29, 2012

Sesame Street 'Von Counth' meninggal dunia

Jerry Nelson
Jerry Nelson
PEMERGIAN figura yang meminjamkan suaranya untuk watak penghisap darah-puntianak, Count Von Count menerusi drama Sesame Street, Jerry Nelson  meninggalkan seribu kenangan buat peminatnya.

Jerry meninggal dunia pada usia 78 tahun akibat komplikasi beberapa penyakit dan masalah saluran pernafasan yang serius. Selain meminjamkan suaranya untuk watak puntianak, semasa hayatnya, Jerry turut menyumbangkan suaranya untuk Herry Monster, Fat Blue, dan Sherlock Helock.

Ketua Pegawai Operasi Jim Henson Company, Lisa Henson turut mengesahkan perkara ini dan menyifatkan kehilangan Jerry sukar untuk dicari ganti.

"Jerry adalah tokoh seorang penghibur. Dia berjaya menghidupkan  karakter boneka dengan kelembutan, kebijaksanaan dan kebaikan yang datang dari dalam dirinya sendiri.

"Dia juga sudah bersama kami sejak awal penubuhan Sesame Street sehingga ke penerbitan Muppets. Kehilangannya amat sukar dicari ganti," ujarnya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...