2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Sunday, December 30, 2012

Rekaan scarecrow yang pelik dan kreatif

Orang-orang atau lebih dikenali sebagai scarecrow sering digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung dari menghampiri bendang mahupun ladang. Perkataan scarecrow sendiri diambil dari perkataan scare yang membawa maksud menakutkan dan juga crow bermaksud burung gagak. Kebiasaannya patung ini dipakaikan pakaian menyerupai manusia. Sesetengah individu pula menggunakan daya kreativiti dengan menghasilkan scarecrow dalam bentuk yang...

4 maut pesawat Rusia terbabas di lebuh raya

MOSCOW -  Empat penumpang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini, semalam. Keadaan pesawat Russian Red Wings Airlines yang terbabas semalam. - Foto ihsan CNN Pesawat Russian Red Wings Airlines itu dalam perjalanan dari Republik Czech ketika terbabas. Kementerian Kecemasan Rusia berkata,...

Orang gelandangan dibakar semasa tidur

LOS ANGELES - Pihak berkuasa Los Angeles menahan seorang lelaki, kelmarin, kerana disyaki membakar seorang wanita berumur 67 tahun semasa mangsa sedang tidur di perhentian bas. Menurut polis, suspek berumur lingkungan 20-an dilihat menuang sesuatu ke atas tubuh warga emas gelandangan itu sebelum membakarnya. Mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. sumber- AP...

Garisan jalan raya paling teruk

Entah di mana silapnya, garisan jalan raya yang sepatutnya menjadi panduan kepada pemandu ini bercelaru dan bertindan. Tidak tahulah sama ada kontraktor yang membuat garisan tersebut sedang mabuk atau disengajakan. Yang pasti ianya bukanlah suatu seni yang boleh dikagumi. Jika dilihat pada kesemua gambar ini, rasanya lebih mudah untuk seseorang memandu di jalan raya tanpa garisan berbanding pemanduan dengan keadaan sebegini. Tidak mustahil...

Budak 3 tahun maut ditetak ibu saudara

BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini. Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher. Di rumah inilah mangsa ditetak oleh ibu saudaranya. Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan...

Nenek dakwa individu tertua dunia

GUANGXI, China - Seorang nenek yang tinggal di Bama di sini, mendakwa dia merupakan manusia paling tua yang masih hidup. Agensi berita Xinhua melaporkan, Luo Miezhen mendakwa, dia berumur 127 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada September lalu. Kad pengenalan Miezhen menyatakan dia dilahirkan pada 1885, namun warga emas itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya. Wanita itu kini tinggal bersama anak lelakinya yang dikatakan...

12 rangka manusia purba ditemui

CHOLULA, Mexico - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional. Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico. Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...