MOSCOW - Empat penumpang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini, semalam.
Keadaan pesawat Russian Red Wings Airlines yang terbabas semalam. - Foto ihsan CNN |
Kementerian Kecemasan Rusia berkata, kejadian itu menyebabkan pesawat Tupolev-204 terbabit melanggar pagar sempadan lapangan terbang dan terbabas di lebuh raya sebelum terbakar.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian juruterbang pesawat.
Ketika kejadian 12 orang berada dalam pesawat itu, tetapi pihak berkuasa telah mengubah angka mereka berada dalam pesawat kepada lapan kemudian.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment