Sunday, December 30, 2012

Nenek dakwa individu tertua dunia

GUANGXI, China - Seorang nenek yang tinggal di Bama di sini, mendakwa dia merupakan manusia paling tua yang masih hidup.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Luo Miezhen mendakwa, dia berumur 127 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada September lalu.

Luo Miezhen
Kad pengenalan Miezhen menyatakan dia dilahirkan pada 1885, namun warga emas itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya.

Wanita itu kini tinggal bersama anak lelakinya yang dikatakan dilahirkan ketika Miezhen berumur 61 tahun.

Jika dakwaan itu benar, perkara itu menjadikannya manusia paling tua pernah hidup selepas wanita Perancis, Jeanne Calmen yang meninggal dunia pada 1997 ketika berumur 122 tahun.

Rekod manusia paling tua yang masih hidup dalam Guinness World Records kini dipegang oleh lelaki Jepun, Jiroemon Kimura.

Kimura yang dilahirkan pada 19 April 1897, menerima gelaran tersebut selepas kematian rakyat Amerika Syarikat (AS), Dina Manfredini, pada awal bulan ini.

Walau bagaimapun, jika Miezhen gagal merampas gelaran itu daripada Kimura, wanita itu dilaporkan telah menarik minat ramai pihak yang ingin mengetahui rahsia hidup lamanya.

Kebanyakan warga emas di Bama mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu lebih 100 tahun.

sumber- AGENSI\

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...