2020542

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, July 2, 2012

Perancis buka tanah Perkuburan Islam rasmi pertama

Perancis telah membuka tanah perkuburan orang Islam yang pertama di bandar timur laut Strasburg, satu tindakan yang dialu-alukan oleh umat Islam sebagai satu langkah ke arah mengintegrasikan salah satu kumpulan minoriti terbesar di negara itu. Pembukaan tanah perkuburan itu adalah detik "bersejarah" bagi umat Islam di Perancis yang mana adalah simbol penting pemilikan bagi masyarakat, Mohammed Moussaoui, ketua Majlis Agama Islam di Perancis...

Untung RM1.17j dalam sejam

PERIKSA...pengawal keselamatan memeriksa mesin ATM yang dipecahkan. KUALA LUMPUR: Sekumpulan lapan lelaki dipercayai Geng Oxy kerana menggunakan modus operandi alat pemotong logam oxyacetylene ketika merompak mengambil masa kurang sejam untuk memotong pintu empat mesin juruwang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM1.17 juta dalam kejadian di sebuah pasar raya besar di Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian...

Bayi terlantar diazab pengasuh

KASIHAN...Salmah menyusukan Muhammad Zafran yang cedera parah. PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu. Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar...

Ikut jejak pak cik

IPOH: “Kami sekeluarga tidak menyangka lombong berkenaan kembali ‘meragut’ nyawa seorang lagi ahli keluarga kami dalam tempoh lapan tahun,” kata Normaskana Husain, 37, ibu saudara Muhammad Hanafi Radzi, 10, mangsa lemas di lombong bijih tinggal di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 7.25 malam di Kampung Seri Rahmat, Pasir Puteh itu, mayat mangsa yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Kampung Pasir Puteh ditemui terapung di permukaan...

Saintis China cipta babi berkaki menyala dalam gelap

Penyelidik dari Universiti Pertanian Yunnan di China mendakwa mereka telah mencipta sepuluh ekor babi / khinzir khas yang mempunyai kaki hijau bersinar dalam gelap. Saintis di universiti itu berkata, babi adalah transgenik dan dicipta dengan menambah bahan genetik dari obor-obor ke embrio babi biasa. Di atas gen obor-obor, pakar-pakar juga mencampurkan dengan gen Leptin, yang merupakan hormon protein 16 kDa yang membantu untuk mengawal...

Hantu suami isteri di landasan keretapi

JULAI 2011- Warga Singapura baru-baru ini dihebohkan dengan munculnya foto yang menggambarkan hantu sepasang suami isteri yang sedang duduk-duduk di landasan keretapi stesen Bukit Timah Singapura. Padahal menurut cerita, pasangan suami isteri itu diketahui meninggal dua tahun lalu akibat kemalangan keretapi. Lokasi mautnya pasangan suami isteri itu, adalah seperti yang ada di dalam foto yang kini banyak beredar di Singapura. Seperti dilaporkan...

Ikan Pari Terbesar Di Dunia

Rekod memancing Ikan Pari terbesar di dunia telah dipecahkan oleh Pemancing dari England,Ian Welch.Ikan Pari Terbesar di dunia ini ditangkap di perairan Sungai Mekong,Thailand.Dipercayai Ikan Pari Terbesar Di Dunia. Ikan ini bersaiz 7 kaki lebar dan 7 kaki panjang dengan ekor penyengat sepanjang 10 kaki.Menurut Ian Welch dia memerlukan selama 90 minit untuk menangkap Ikan Pari tersebut untuk dibawa ke daratan dengan dibantu 13 orang lelaki. Sumber...

3 pelajar USM ditahan disyaki palsukan sijil akademik

GEORGETOWN - Akibat ingin bermewah, tiga penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil jalan mudah dengan terlibat dalam sindiket pemalsuan sijil akademik – diploma hingga ijazah sarjana pusat pengajian tinggi itu. Jurucakap polis berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit dicekup oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Kampar, Perak malam tadi. “Mereka bertiga ditahan untuk membantu siasatan berhubung sindiket pemalsuan sijil...

Luluh perasaan lihat anak mati tergantung di tempat kerja

TELUK INTAN - Luluh perasaan pasangan suami isteri apabila menjumpai mayat anaknya yang mati tergantung pada sebatang pokok di  kawasan tempat kerjanya selepas dia tidak pulang ke rumah seperti biasa. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa yang berusia 34 tahun, berasal dari Jalan Kampung Banjar dekat sini,  meninggal dunia di tempat kejadian. nuffnang_bid = "fceb4c67818f6c2bc1bf60437b344ac6"; sumber-...

Asal-usul nama Bongek

Basri (kiri) bersama Abu Hashim ketika menunjukkan lokasi dipercayai merupakan asal usul nama Kampung Bongek. BONGEK – "Saya tak kecil hati kalau orang luar sukar sebut nama kampung kami ini," kata Basri Hasan, 71, anak jati Kampung Bongek, di sini. Bagaimanapun, Basri berharap, orang ramai memperbetulkan sebutan namanya berikutan kampung berkenaan mempunyai sejarah keistimewaan tersendiri. Basri yang kini merupakan Pensyarah (Dosen) Islamic...

Ayah lari, perbuatannya rogol anak sendiri diketahui isteri

Raja Shahrom AYER KEROH - Seorang isteri masyarakat Orang Asli di sini terkejut apabila mengetahui anak gadisnya berusia 16 tahun 5 bulan berbadan dua hasil hubungan dengan suaminya sendiri. Wanita berusia 35 tahun yang mempunyai empat cahaya mata itu hanya mengetahui mengenai bayi dikandung anak keduanya apabila membuat pemeriksaan di sebuah klinik kesihatan dekat Alor Gajah, 28 Jun lalu. Pemeriksaan itu dibuat selepas dia sering melihat...

Cabul nenek disangka gadis

Ghuzlan KULIM - Hendak melepas nafsu kepada cucu tetapi yang jadi mangsa, nenek. Itulah yang berlaku dalam kejadian cubaan cabul di daerah ini kira-kira jam 6.30 pagi semalam. Dalam laporannya kepada polis, mangsa yang berusia hampir 70 tahun memberitahu, dia sedang berwuduk dalam bilik air di luar rumahnya ketika dipeluk dari arah belakang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki. Menurutnya, lelaki itu menciumnya bertubi-tubi sebelum cuba...

Haiwan ajaib Galapagos

George yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun ditemui mati Ahad minggu lalu. HARAPAN para saintis untuk melihat Lonesome George - seekor kura-kura gergasi Galapagos, meninggalkan baka berakhir apabila haiwan itu ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador pada 24 Jun lalu. Puerto Ayora terletak di selatan Taman Negara Galapagos. Dianggarkan berusia lebih 100 tahun, kura-kura berstatus duta Kepulauan Galapagos itu berjaya menarik...

Bayar guna cek tendang

KOTA BHARU: Sebuah syarikat telekomunikasi kerugian RM336,800 selepas diperdaya dua individu berhubung urus niaga kad prabayar dalam kejadian di Pasir Tumboh, dekat sini, pada 21 Jun lalu. Dua individu itu dikatakan berjaya mempengaruhi pengurus syarikat telekomunikasi berkenaan untuk menjual 40,000 keping kad prabayar bernilai RM336,800, sebelum menyerahkan cek tendang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed...

Kari bakar rumah

PETALING JAYA: Jika tidak kerana tanggungjawab sesama jiran membantu memadam kebakaran, sudah pasti satu unit kediaman di Blok Dua, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway, di sini, hangus apabila penghuninya melarikan diri sebaik kejadian, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, satu bilik dalam kediaman berkenaan di tingkat 14 dihuni lapan pekerja warga Bangladesh terbakar dipercayai akibat litar pintas selepas dapur elektrik dipasang untuk...

Pecah cermin 16 kereta

BUTTERWORTH: Penghuni Pangsapuri Bagan Bay Vista yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising sekitar jam 4 pagi sebelum pemeriksaan mendapati cermin 16 kereta yang diletakkan di tepi jalan pecah. Difahamkan, penduduk terkejut dengan bunyi sistem penggera kereta lalu bergegas keluar membuat pemeriksaan dan ada yang mendakwa ternampak dua lelaki sedang memecahkan cermin kereta. Bagaimanapun dua lelaki terbabit sempat melarikan diri menaiki...

Pistol dilari penjenayah

KUALA LUMPUR: Sepucuk pistol Baretta milik Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), Tan Sri Rahim Thamby Chik hilang dilarikan sekumpulan penyamun yang memecah masuk rumahnya di Taman Bukit Pantai, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, suspek turut melarikan beberapa barang berharga seperti komputer riba, i-Pad dan barang kemas namun jumlah kerugian belum dapat dianggarkan berikutan...

Tulang kaki tersembul

TAWAU: Tindakan ‘berani mati’ seorang pelajar lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat empat di sebuah bangunan, mengundang padah apabila kaki kanannya patah dalam kejadian di kawasan Sabindo, dekat sini, malam kelmarin. Sebelum kejadian, pelajar berusia 18 tahun terbabit dikatakan naik ke bumbung bangunan berkenaan, sebelum terjun dan terjatuh di atas bonet sebuah kereta Proton Wira yang diletakkan di kawasan itu, kira-kira jam 9.30 malam....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...