2020557

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, January 29, 2013

Video: Nyaris maut dihentam trak kontena

Seorang penunggang motosikal di Linhai, wilayah Zhejiang, China, amat bernasib baik kerana dapat mengelak dari terkena hentaman oleh sebuah trak kontena yang terbalik secara tiba-tiba di sebuah persimpangan jalan raya. Punca kejadian mungkin disebabkan oleh trak itu sendiri yang membelok secara laju dengan beban yang tidak dapat ditampungnya lalu terbalik. Kecederaan yang dialami oleh pemandu trak tersebut pula tidak terlalu parah. ...

Pakaian Jennifer Lawrence terlondeh

Los Angeles: Tidak diragui ia adalah malam kemuncak karier lakonannya. Bagaimanapun, kegembiraan itu hampir bertukar menjadi kejadian yang memalukan bagi Jennifer Lawrence pada majlis Anugerah Screen Actors Guild, semalam. Di depan hadirin yang terdiri daripada bintang ternama, pelakon jelita berusia 22 tahun itu hampir kehilangan pakaiannya ketika berjalan untuk menerima hadiahnya. Dia menderita akibat menghidap pneumonia dan bersaing...

Wanita temui beg tangan selepas tujuh tahun dicuri

PETERBOROUGH - Seorang wanita terkejut selepas menemui semula beg tangan yang hilang tujuh tahun lalu berserta wang tunai £250 (RM1,200) di dalamnya. Parveen Ashraf bersama beg tangannya yang hilang 7 tahun lalu. Parveen Ashraf, 47, berkata, beg tangan itu dicuri ketika rumahnya di Peterborough, Britain dipecah masuk pada 2006. “Seorang individu menemui beg itu kira-kira 300 kilometer dari rumah saya,” katanya. Menurutnya, pencuri itu...

Kura-kura ditemui semula selepas 30 tahun

RIO DE JANEIRO - Seekor kura-kura ditemui semula di dalam bilik stor sebuah rumah di Rio de Janeiro selepas lebih tiga dekad. Pemilik haiwan peliharaan digelar Manuela itu memberitahu, kali terakhir haiwan tersebut dilihat adalah sebelum rumah mereka diubah suai pada tahun 1982. Manuela dipercayai bergantung hidup dengan memakan anai-anai di stor rumah itu. "Kami masih tertanya bagaimana Manuela masih hidup selepas 'terkurung' lebih tiga...

Bapa kejam gigit hidung dan bibir anak hingga putus

JAIPUR - Seorang bapa di Kampung Siyana, daerah Bikaner sanggup bertindak kejam menggigit hidung dan bibir atas bayi perempuannya yang berumur lima bulan hingga putus hanya kerana mangsa menangis. Santosh memangku Radha yang kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sawai Man Singh di Jaipur. Menurut polis, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya...

Video: Kegagalan parking kereta paling memalukan

Negara China mempunyai reputasi besar sebagai salah sebuah negara yang mempunyai cara pemanduan terburuk di dunia. Contohnya adalah dari video ini. Walaupun begitu mudah untuk meletakkan kenderaannya, entah bagaimana silapnya kereta yang dinaiki tersebut terlajak lalu merempuh pagar dan terjunam ke dalam terusan air. Pemandu tersebut berasa amat malu untuk menunjukkan muka bagi ditemuramah. ...

Bukan guru yang hanya mengajar

Sekolah rendah ini dipanggil sebagai Sekolah Harapan Aili yang terletak di Daerah Song, Wilayah Henan, China. Liu Huahua, seorang guru di sekolah tersebut terpaksa menjaga seorang pelajar pra sekolah yang bernama Zhang Shihao semasa waktu rehat selepas makan tengah hari. Ketika itu, Zhang berumur dua setengah tahun dan merupakan pelajar termuda di sekolah tersebut. Sekolah Harapan Aili menyediakan kelas dari pra sekolah hinggalah ke darjah...

RM7300 disembunyi dalam selimut jatuh melayang

Penduduk Nanjing, China, dikejutkan dengan hujan wang kertas yang datangnya dari langit. Semuanya gara-gara seorang isteri yang menyidai selimut di beranda pangsapuri rumahnya tetapi tidak tahu bahawa suaminya telah menyembunyikan wang sebanyak 15 000 yuan (kira-kira lebih dari RM7300 ringgit) di dalam selimut tersebut. Pasangan keluarga yang dikenali sebagai Liu tersebut tinggal di sebuah pangsapuri tingkat sepuluh yang terletak di Jalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...