2020572

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, July 21, 2012

Nahas heli: 2 mayat ditemui, seorang masih hilang

img alt="Nahas helikopter: Nelayan temui mayat, 2 masih hilang" height="240" src="http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.68847.1342854609!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg" style="margin-left: auto; margin-right: auto;" title="Sebuah helikopter jenis Eurocopter EC 120 inilah yang dalam penerbangan ke Nanga Merit, Kapit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dipercayai terhempas dekat Muara Sungai Lingga, Sri Aman...

Helikopter tentera Brunei terhempas, 12 maut

BANDAR SERI BEGAWAN - Sebuah helikopter tentera udara Brunei terhempas lewat semalam menyebabkan 12 orang terbunuh. Mangsa yang terbunuh kebanyakan merupakan kadet tentera yang dalam perjalanan pulang selepas latihan. Kenyataan Kementerian Pertahanan Brunei berkata, helikopter Bell 212 terhempas di kawasan Ulu Belait ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan. Dua lagi masih hilang manakala dua yang lain cedera, kata kementerian...

Coli wujud 600 tahun dahulu

Vienna: Sejarah pakaian dalam wanita nampaknya terpaksa ditulis semula apabila kajian mendapati wanita sebenarnya sudah memakai coli sejak 600 tahun dulu. Penemuan mengejutkan  Kenyataan Universiti Innsbruck kelmarin berkata, pakar arkeologi menemui empat coli linen Zaman Pertengahan di istana Austria. Pakar fesyen menyifatkan penemuan itu memeranjatkan kerana coli disangka hanya digunakan 100 tahun dulu apabila wanita meminggirkan korset...

Mayat Bayi Tumbuh Rambut dan Kuku di Thailand

Di Thailand, seorang petani telah bermimpi mengenai anak kecilnya yang meninggal dunia tiga hari yang lepas dan merayu untuk dipindahkan ke tempat lain kerana 'penghuni-penghuni' tanah perkuburan sering mengacaunya. Petani tersebut terus menuju ke tanah perkuburan tersebut untuk mengali mayat anaknya dan terkejut melihat mayat anaknya tumbuh rambut yang lebat dan tangannya berkuku. Sehingga kini, petani tersebut belum lagi menempatkan mayat...

Kucing Ditembak 30 Kali Masih Hidup

Seekor kucing di Britain masih hidup walaupun ditembak sebanyak 30 kali. Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing. Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya. Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi...

Senyum lihat gambar mangsa pukul

Muhammad Izzariq (dua dari kiri) dibawa keluar dari mahkamah. GEORGETOWN - Seorang pembantu kedai tersenyum apabila diminta oleh Mahkamah Majestret untuk melakukan pengecaman terhadap gambar mangsa yang dipukulnya. Muhammad Izzariq Yusof, 22, didapati melihat gambar mangsa dan kemudian dengan selamba tersenyum ketika diminta mengecamnya. Remaja dari Jalan Madrasah, Jelutong, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Ho Gim Hang,...

23 kematian pelik dalam sejarah

1. Meninggal kerana berniat menggapai bayangan bulan di air Penyair China Li Po (abad VII-VIII Masihi) merupakan penyair terkenal yang gemar meminum minuman keras. Suatu hari, dia menaiki perahu melalui sungai Yangtze dalam keadaan mabuk. Dia terpandang bayangan bulan di dalam air. Dengan pemikirannya yang kurang waras, dia berusaha menggapai bayangan tersebut dan ingin memeluknya.Akhirnya dia terjatuh ke dalam air lalu lemas. 2. Meninggal...

Model Esha Terpaksa Bogel Di Khalayak Ramai

MODEL yang kini sedang meningkat naik sebagai pelakon, Esha Gupta menceritakan pengalamannya berbogel di hadapan 300 orang yang begitu asing baginya.Perkara itu dilakukan oleh Esha untuk salah satu babak dalam filem lakonannya, Raaz 3.Menurut Esha, dia perlu memenuhi tuntutan skrip filem seram Vikram Bhatt tersebut walaupun pada mulanya mahu meminta pengarah membatalkan babak bogel itu. "Karakter saya memerlukan saya memakai gaun yang seksi...

Sepotong Roti Bakar RM1131

LONDON - Sepotong roti bakar yang dipercayai dihidangkan pada 1981 untuk pewaris pertama takhta diraja Britain, Putera Charles dilelong kelmarin pada harga AS$359 (RM1,131), lapor agensi beritaReuters kelmarin.Roti itu dihidangkan untuk sarapan pagi di Istana Buckingham pada hari perkahwinan Charles dengan Puteri Diana pada 29 Julai 1981. Pemilik roti itu sebelum ia dilelong ialah Rosemarie Smith yang kini berusia 83 tahun.Roti itu tidak...

Gadis Dipaksa Minum Arak Sebelum Di Rogol

KANGAR: Seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun menempuh detik hitam apabila dipaksa meneguk minuman keras sehingga mabuk sebelum dirogol jirannya, seorang pelajar tingkatan empat, di sini, awal bulan lalu. Sebelum kejadian antara jam 12.30 tengah hari hingga 10 malam itu, mangsa yang berjiran dengan suspek berusia 16 tahun di Flet Seri Sena, di sini, dibawa bersiar-siar ke satu lokasi rahsia pada petang 4 Julai lalu, sebelum gadis terbabit...

12 mati ketika menonton filem Batman

DENVER 21 Julai - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam . Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16. Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa...

Mati dibedil jarak dekat

MAUT...anggota polis memeriksa mayat mangsa. SEGAMAT: Seorang lelaki maut akibat ditembak tiga das dipercayai dari jarak dekat ketika menunggu isterinya pulang dari kerja di sebuah pusat karaoke di Bandar Utama di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Asnan Yunos, 28, dari Palong Timur di sini, dikatakan sedang merokok berhampiran kereta Proton Wira rakannya ketika menunggu isterinya keluar dari sebuah bangunan kedai dua...

Empat rentung

RENTUNG...keadaan lori tangki dan pacuan empat roda selepas terbabit kemalangan. JEMPOL: Empat individu rentung selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka bertembung sebuah lori tangki sebelum terbakar di Kilometer 37, Jalan Keratong-Bahau, dekat sini, petang semalam. Difahamkan, dalam kejadian jam 4 petang itu, semua mangsa yang belum dikenal pasti identiti, maut di tempat kejadian, manakala pemandu lori diesel terbabit yang turut...

Dosa Tanggang dibalas tunai

INSAF...Abdul Rahman kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup. PADANG BESAR: “Sekarang baru saya sedar dosa saya terhadap ibu dibalas tunai, tidak perlu tunggu di akhirat,” kata Abdul Rahman Talib, 60, yang kini tinggal di Rumah Sejahtera, Batu Bertangkup, di sini, selepas diabaikan isteri dan anaknya. Kira-kira 10 tahun lalu, ibunya, Allahyarham Lijah Kasa menghuni rumah kebajikan sama selepas Abdul Rahman terlalu mengikut kehendak...

Penduduk AS gembira menang kes masjid baharu

GAMBAR fail pada 21 Jun lalu menunjukkan masjid di Murfreesboro, Tennessee. MURFREESBORO, Tennessee – Penduduk Islam di negeri Tennessee, Amerika Syarikat (AS) yang menenangi kes mahkamah untuk menduduki sebuah masjid baharu kelmarin mendapati mereka tidak dapat beribadat di masjid berkenaan pada permulaan bulan Ramadan. Ia berikutan masjid tersebut memerlukan masa dua minggu lagi untuk disiapkan. Namun, penduduk Islam meraikan kemenangan...

Banduan terima enam tahun lagi penjara

MELAKA: Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara empat tahun terpaksa menjalani tempoh hukuman lebih panjang apabila dihukum penjara enam tahun lagi oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi. Tertuduh, Choo Soon Kooi, 38, dari Tengkera, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Nor Azizah Yusof selepas mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan berasingan dibacakan terhadapnya. Mengikut...

Geng langgar, samun tumpas

KUALA LUMPUR: Enam lelaki dikenali sebagai ‘Geng Motorbike Fendi’ yang aktif melakukan samun menggunakan taktik melanggar kereta mangsa sebelum menyamun ditahan dalam beberapa serbuan Rabu, kelmarin dan semalam, di sekitar ibu kota. Setakat ini, geng berkenaan terbabit dalam 10 kes. Hasil penahanan itu, polis merampas 29 barangan berharga yang disamun termasuk komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan pelbagai jenama yang bernilai RM50,000....

Pelajar jatuh longkang dikhuatiri lemas

AMPANG: Seorang remaja lelaki berusia lingkungan 14 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam longkang besar di Taman Putra, Pandan Mewah, di sini, kira-kira 6.30 petang semalam. Dalam insiden itu, seorang saksi dikatakan melihat remaja terbabit yang masih lengkap berpakaian sekolah cuba melangkah longkang besar di sebuah premis perniagaan sebelum dilihat terjatuh. Berikutan itu, saksi terbabit memberitahu kepada seorang wanita yang...

Helikopter terhempas di Sarawak, nasib 3 mangsa belum diketahui

KUCHING - Nasib tiga lagi mangsa nahas helikopter yang terhempas di muara Sungai Lingga, Sri Aman pagi tadi masih belum dapat dipastikan setakat pukul 11 malam ini. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, setakat ini tiada perkembangan terbaru berhubung operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu. "Tiada perkembangan terbaru...kita akan sambung semula gerakan mencari dan menyelamat esok,"...

Dipenjara 12 tahun jerut leher pelacur guna selendang

SHAH ALAM - Seorang pelacur dan pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lagi pelacur yang dijerut di leher dengan selendangnya, empat tahun lepas. Hakim Nurchaya Arshad memerintahkan V Mareiyama, 30, dan J Sanmugam, 31, menjalani hukuman itu berkuatkuasa daripada tarikh mereka ditangkap, iaitu Mareiyama pada 19 Julai 2008 dan Sanmugam pada 20 Julai...

Penuntut UMP maut langgar lori buat pusingan U

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan 'U' di KM 13 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Batu Hitam di sini, malam tadi. Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu, Muhammad Faiz Nor Mohd Fozi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi...

Jurujual mati ditembak ketika tunggu isteri pulang

SEGAMAT - Seorang pekerja sebuah syarikat jualan langsung mati ditembak seorang lelaki tidak dikenali ketika dia sedang menunggu isterinya pulang daripada bekerja di sebuah pusat hiburan di Bandar Utama di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, mangsa Asnar Yunus, 28, dari Felda Palong Timor mati setelah terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta bersama beberapa orang lagi. Timbalan...

Adun Pelagus selamat

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi masih mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang masih hilang sekitar muara Batang Lupar dan sekitarnya dalam satu KUCHING - Anggota Dewan Undangan Negeri Pelagus George Lagong, yang pada mulanya disangka menaiki helikopter jenis Eurocopter EC 120 yang terhempas bersama empat orang, termasuk juruterbangnya, berhampiran muara Sungai Lingga di Sri Aman awal hari ini, berada dalam keadaan...

Kerang terbesar di dunia

Seorang lelaki di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) menemui seekor kerang raksasa setelah membuat pencarian selama bertahun lamanya. Akhbar tempatan, Eureka Times-Standard melaporkan Richard Mesce menemui kerang yang berukuran 33 cm dan lebarnya 15 cm. Penemuan luar biasa ini adalah di dasar Teluk Humboldt. Mengikut perkiraan, kerang tersebut berusia 80 tahun. Kerang tersebut dibawa ke pusat kajian hidupan laut Humboldt State University...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...