Saturday, July 21, 2012

Model Esha Terpaksa Bogel Di Khalayak Ramai

Model Esha Terpaksa Bogel Di Khalayak Ramai

MODEL yang kini sedang meningkat naik sebagai pelakon, Esha Gupta menceritakan pengalamannya berbogel di hadapan 300 orang yang begitu asing baginya.Perkara itu dilakukan oleh Esha untuk salah satu babak dalam filem lakonannya, Raaz 3.Menurut Esha, dia perlu memenuhi tuntutan skrip filem seram Vikram Bhatt tersebut walaupun pada mulanya mahu meminta pengarah membatalkan babak bogel itu.

"Karakter saya memerlukan saya memakai gaun yang seksi sewaktu menghadiri sebuah majlis. Tiba-tiba saya dirasuk dan untuk menjayakan babak rasuk tersebut, saya perlu menjerit selain mengoyakkan gaun yang dipakai," ceritanya mengenai babak bogel yang perlu dilakonkannya.

Dia juga menambah berasa cukup kekok apabila terpaksa menampakkan bahagian atas badannya di hadapan 300 pelakon tambahan serta kru filem tersebut.

Tambahnya: "Vikram begitu yakin bahawa saya mampu melakukan babak itu dengan sempurna. Walaupun pada mulanya berdebar, namun selepas ditenangkan oleh seorang kawan, saya mampu melakukan babak tersebut."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...