Saturday, July 21, 2012

Kerang terbesar di dunia


Seorang lelaki di California Selatan, Amerika Syarikat (AS) menemui seekor kerang raksasa setelah membuat pencarian selama bertahun lamanya.

Akhbar tempatan, Eureka Times-Standard melaporkan Richard Mesce menemui kerang yang berukuran 33 cm dan lebarnya 15 cm.

Penemuan luar biasa ini adalah di dasar Teluk Humboldt. Mengikut perkiraan, kerang tersebut berusia 80 tahun. Kerang tersebut dibawa ke pusat kajian hidupan laut Humboldt State University untuk diukur secara rasmi. Ianya hendak di daftarkan ke dalam rekod dunia, Guiness World Records. Sebelum ini, rekod kerang terbesar yang di catat oleh Guiness adalah 30x14 cm.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...