Saturday, July 21, 2012

12 mati ketika menonton filem Batman


DENVER 21 Julai - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam
.
Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.

Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

sumber- UtusanOnline

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...