2020539

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, January 14, 2013

Video dan gambar kunci tertikam kaki ketika latihan karate

Siapa sangka kunci yang tersimpan dalam poket sendiri boleh menjadi senjata pihak musuh ketika berlawan karate. Perkara ini telah dialami sendiri oleh seorang lelaki ketika membuat latihan karate bersama gurunya. Kunci kereta yang panjangnya sekitar 2 hingga 3 inci itu tertikam sepenuhnya di telapak kaki sehingga berlakunya kecederaan serius. Mujurlah hanya tertikam di kaki, jika insiden tersebut berkaitan dengan kepala, kemungkinan besar lelaki...

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini. Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka. Michael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa...

Rumah patung diperbuat daripada gitar

Lorraine Robinson menggunakan seluruh kreativitinya dalam menghasilkan sebuah rumah patung untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya. Menariknya, rumah patung ini bukanlah seperti mana yang terdapat dipasaran. Ianya dihasilkan dengan menggunakan sebuah gitar. Lorraine yang juga pemilik Fairy Meadow Miniatures di Australia, menghasilkan sendiri hadiah tersebut sebagai pemberian sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke-25....

Lelaki cantik maut jatuh kelab malam

Singapura: Seorang rakyat Thai yang pengsan selepas terjatuh di kelab malam Zouk pada malam tahun baru meninggal dunia Khamis lalu. Keluarganya mengesahkan Anan Tunsuwan, 26, atau nama gelarannya sebagai Aum, sebelum ini menjalani pembedahan penukaran jantina dan mereka melayannya sebagai seorang anak perempuan. Dia dikatakan mengalami kerosakan otak ekoran kekurangan oksigen berada dalam keadaan koma selama 10 hari. Ia satu keputusan...

Si kudung lulus ujian memandu

Lancashire: Seorang wira perang yang hilang kedua-dua kaki dan tangan kanannya akibat satu letupan bom di Afghanistan meraikan kejayaan selepas lulus ujian memandu dalam cubaan kali pertama. Dave Watson, 26, berdepan dengan kematian apabila terpijak jerangkap samar ketika meronda. Bagaimanapun, minggu ini, bekas askar itu menanggalkan plat ‘L’ nya setelah lulus ujian itu dengan melakukan hanya tiga kesalahan kecil. Watson dari Walton-le-Dale,...

Tunjuk perasaan antigay di Vatican, Paris

PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam. Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay. Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini. Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk...

Cabaran memburu ular sawa Burma

MIAMI, Florida - Seramai 749 orang menyertai cabaran memburu ular sawa Burma selama sebulan yang bermula kelmarin di Taman Negara Everglades Florida, Amerika Syarikat. Pihak berkuasa hidupan liar negeri Florida menawarkan wang tunai sebanyak AS$1,000 (RM3,020) kepada para peserta yang berjaya membunuh ular sawa yang paling panjang. Wang tunai sebanyak AS$1,500 (RM4,530) ditawarkan kepada peserta yang berjaya membawa ular yang paling banyak. Ramai...

Video: Buaya kalah dibaham jerung

Jerung putih dikatakan telah memenangi pertarungan raksasa laut setelah kepala seekor buaya besar dihanyutkan dan terdampar di pantai Afrika Selatan. Brigitte Cary-Smith, 50, dan suaminya Neale, 56, menjumpai kepala buaya terpenggal ketika berjalan-jalan bersama anjing mereka. Tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan ia mati dalam keadaan mengerikan tetapi pakar tempatan percaya ianya adalah akibat serangan jerung. Dalam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...