Singapura: Seorang rakyat Thai yang pengsan selepas terjatuh di kelab malam Zouk pada malam tahun baru meninggal dunia Khamis lalu.
Dia dikatakan mengalami kerosakan otak ekoran kekurangan oksigen berada dalam keadaan koma selama 10 hari.
Ketika ditanya mengenai keputusannya Pringpoul dengan linangan air mata memberitahu melalui penterjemah: “Saya tidak mahu dia terus menderita,” katanya.
“Doktor memberikan ahli keluarga Aum dua pilihan. Membiarkan dia terus dibantu mesin pernafasan atau mengeluarkan tiub dan membiarkan dia bernafas secara normal.” Keluarganya diberikan tempoh beberapa hari membuat keputusan sebelum memutuskan melepaskan Aum pergi,” katanya.
Ujian imbasan mengesahkan kebimbangan doktor - Aum mengalami kerosakan teruk di otak.
sumber- Straits Times
0 comments:
Post a Comment