2020548

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, January 11, 2013

Pemegang sosej tercucuk mata budak 6 tahun

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun, hampir buta apabila pemegang sosej tertikam dimatanya. Ketika kejadian, Wang Zijun sedang makan sambil berdiri di tempat duduk belakang sementara ayahnya Wang Dong sedang memandu di wilayah Anhui, China. Namun tanpa dijangka, kereta diberhentikan secara mengejut dan Zijun tersentak ke hadapan. Buluh pemegang sosej telah tertusuk dengan kedalaman 1.5cm di bahagian matanya. Dia dikejarkan ke hospital...

Raksasa Kanibal Yunnan dilaksanakan hukuman mati

Pembunuh bersiri paling terkenal di China, Zhang Yongming, dimana dia telah membunuh dan mencincang sekurang-kurangnya 11 mangsa, telah dilaksanakan hukuman mati pada Khamis lalu di wilayah Yunnan, menurut Mahkamah Pengantara Rakyat Bandar Kunming. Zang disabitkan kesalahan pada Julai 2012 kerana melakukan 11 pembunuhan yang disengajakan. Pembunuhan dilakukan sekitar March 2008 hinggalah April 2012. Dia disahkan mencekik mangsa lalu mencincang...

Ular tumpang naik pesawat

Penumpang sebuah pesawat Qantas di Australia dikejutkan dengan penemuan ular sepanjang tiga meter yang menjalar di sayap pesawat tersebut. Ular ini telah mengikuti penerbangan bersama pesawat tersebut dari Cairns ke Port Moseby. Mujurlah ular ini tidak menimbulkan sebarang kekacauan di dalam kabin dan membahayakan penumpang. Ular tersebut telah menemui ajal akibat suhu yang sejuk dan kelajuan penerbangan pesawat yang tinggi. Seorang kakitangan...

10 gambar yang mengejutkan

Sayangnya ayah pada anak di Palestine Gambar ini menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Rakaman ini diperolehi dari dua jurugambar Perancis yang diambil berdekatan Semenanjung Gaza. Gambar tersebut jelas kelihatan seorang ayah yang bernama Jamal al-Durrah cuba mempertahankan anaknya yang berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari terkena tembakan tentera Israel. Mereka bersembunyi di belakang dinding konkrit dan merayu agar diberhentikan...

Ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais

MONTREAL - Kira-kira 12 ekor ikan paus pembunuh terperangkap di bawah lapisan ais di Teluk Hudson, dekat Inukjuak, 1,500 kilometer dari sini sejak Selasa lalu. Datuk Bandar Inukjuak, Peter Inukpuk mendesak supaya pihak pentadbiran Kanada menghantar sebuah kapal bagi memecahkan ais bagi menyelamatkan haiwan tersebut. Ikan paus itu mendapatkan bekalan oksigen dengan muncul di sebuah 'lubang' yang dikelilingi lapisan ais.  sumber-...

Robot meniru mimik muka kanak-kanak

Sacramento: Walaupun belum mencapai tahap sempurna seperti manusia, satu robot yang baru dicipta di sebuah universiti California dilaporkan sangat mirip meniru mimik muka kanak-kanak. Dinamakan sebagai Diego-San, robot itu mampu membuat pelbagai ekspresi wajah seperti bayi, termasuk tersenyum, menyeringai dan berkerut. Namun, kelebihan Diego-San tidak dapat dinilai sepenuhnya kerana setakat ini cuma bahagian wajah siap dibina. Dalam...

Katak spesis baharu yang boleh terbang

SYDNEY - Seorang ahli biologi Australia, Jodi Rowley dan beberapa rakannya dari Vietnam telah menemui satu spesies baharu katak yang boleh terbang. Katak yang boleh terbang di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh Thuan, Vietnam. Penemuan itu dibuat di Hutan Simpan Semula Jadi Nui Ong, wilayah Binh Thuan yang terletak kira-kira 90 kilometer dari Bandar Ho Chi Minh. Katak berwarna hijau itu 'terbang' dari sepohon pokok ke pokok...

Otak dalam hidangan KFC

LONDON - Seorang pelajar terkejut selepas menemui objek menyerupai otak manusia di dalam tepung rangup ketika menikmati makanan di restoran hidangan segera popular di Colchester, timur London. Objek dipercayai otak manusia dalam gumpalan tepung. Ibrahim Langoo, 19, menemui daging berpusar berwarna merah dan masih berdarah. “Mustahil di dalam ketulan dada ayam mempunyai bahagian otak,” katanya. Ibrahim Langoo Sejurus menemui objek...

Kutip ikan sungai beku percuma

BEIJING - Ikan beku yang mengeras bersama air sungai menjadi kegemaran penduduk bandar Xi'an, wilayah Shaanxi, China pada musim sejuk ini. Menurut penduduk, Liau Xi, penduduk di sini sering melakukan aktiviti memancing pada musim panas tetapi kali ini mereka berpeluang mendapatkan ikan di sungai tanpa menggunakan joran dan umpan. "Walaupun ikan-ikan ini kecil, tetapi ia cukup untuk mengalas perut pada waktu malam," kata Liau. Menurut...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...