2020582

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, October 19, 2012

Pura-pura tanya arah

SUNGAI PETANI: Tembelang seorang yang berlegar-legar dengan bertanyakan arah di Taman Arked, di sini, sejak dua hari lalu terbongkar apabila ditahan sebelum dibelasah orang ramai kerana didapati memecah masuk rumah seorang penduduk, semalam. Kejadian berlaku jam 3 petang apabila lelaki berusia 30-an itu cuba melarikan diri ketika dikejar orang ramai yang berang tindakannya memecah masuk rumah penduduk sebelum cuba melarikan barang berharga milik...

Dongeng: Gadis Si Penjual Mancis

Pada malam Krismas yang sejuk, terdapat seorang gadis yang perpakaian compang-camping sedang menjual mancis. "Puan nak beli mancis tak? Belilah puan." "Maaflah, masih banyak mancis di rumah." Tiada seorang pun yang mahu membeli mancisnya. Jika gadis tersebut pulang tanpa sebarang hasil jualan, dia akan dipukul oleh ayahnya. Ketika dia ingin menyeberangi jalan, tiba-tiba muncul sebuah kereta kuda yang bergerak laju, "Jaga-jaga!" Gadis tersebut...

Penyamun datang kembalikan bayi

SUNGAI BULOH: “Tiada apa yang mampu saya katakan selain daripada gembira dan berasa lega kerana bayi lelaki kami yang dilarikan lima lelaki sejak dua hari lalu dipulangkan kembali malam tadi,” kata Nay Soe Aung, 29, bapa Mikalithu yang dilarikan sekumpulan penyamun di Taman Saujana Akasia, di sini Rabu lalu. Ketika kejadian jam 10.30 malam kelmarin itu, dia bersama isterinya, Cho Cho Tun, 33, warga Myanmar berada di tingkat dua rumah sewa mereka...

Koma kerana air suam

KUANTAN: Hanya kerana lewat menghantar air suam dipesan, seorang pelayan sebuah kafe di Jalan Tun Ismail 2, di sini, kini bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), selepas ‘digusti’ seorang pelanggan yang naik angin, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, mangsa, warga Myanmar, Htong Haw, 29, ditumbuk bertubi-tubi dan kepalanya dihentak ke pasu pokok hiasan selepas dia menghantar...

Wanita jual, beli susu badan guna internet

LONDON: Ramai wanita di Britain dan Amerika Syarikat (AS) menjual susu mereka di Internet walaupun ia dibimbangi membahayakan bayi. Media melaporkan, golongan ibu menggunakan forum komuniti, termasuk Facebook, untuk mendapatkan wang segera dengan menjual susu masing-masing. Membeli susu kini menjadi cara baru ibu yang berdepan masalah mendapatkan susu sendiri bagi diberikan kepada bayi. gambar hiasan Laman sesawang seperti onlythebreast.com...

Pemain piano Turki dituduh hina Islam

PEMAIN piano terkemuka Turki, Fazil Say muncul di mahkamah Istanbul semalam bagi menghadapi tuduhan menghina nilai-nilai Islam. Beliau didakwa ekoran mesej di laman mikro Twitter miliknya yang mempersenda Islam sebagai radikal di sebalik kebimbangan mengenai pengaruh agama di negara terbabit, April lalu. Fazil yang menafikan tuduhan itu baru-baru ini berkata, beliau “kagum” kerana perlu hadir di hadapan hakim. Mahkamah yang menolak pembebasan...

DJ termuda berumur 6 tahun

LONDON - Buku Rekod Guinness menamakan seorang budak perempuan berumur enam tahun, Amber Jacobs sebagai juruhebah paling mudah dalam gelombang udara. Pada umur enam tahun, Amber  atau dikenali sebagai DJ AJ dikategorikan sebagai kanak-kanak matang, menjadi tajuk utama apabila berkongsi muzik yang digemarinya bersama pendengar selain tampil sensasi dalam internet. Amber gembira mengendalikan slotnya sendiri. Kehebatan Amber terdedah...

Kereta terperosok bawah treler

SABAK BERNAM - Seorang lelaki dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Besar maut setelah kenderaan dinaikinya bertembung dengan sebuah treler muatan habuk papan dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, kelmarin. Mangsa yang dikenali sebagai Cheang, 47, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala dan tangan. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, siasatan awal menunjukkan kejadian...

Penangan Cinta Lombok

TELUK INTAN - Penangan cinta lelaki Lombok mampu membuatkan seorang wanita warga tempatan hilang pertimbangan. Wanita terbabit yang berasal daripada Bentong, Pahang, sanggup menangis teresak-esak sambil merayu pegawai Imigresen Cawangan Teluk Intan melepaskan teman lelakinya yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel, Jalan Changkat Jong, Sabtu lalu. Wanita berusia 26 tahun itu yang bekerja sebagai kerani di Kampung Gajah, baru sembilan...

Pencuri dinosaur 70 juta tahun kena tangkap

New York: Seorang lelaki dituduh melakukan penyeludupan rangka dinosaur yang berusia 70 juta tahun, termasuk gigi Tyrannosaurus rex terbesar di Amerika Syarikat, ditangkap di Florida, semalam, kata Pengawai. Eric Prokopi, 38, melakukan urusan jual beli, barangan dicuri, yang mungkin membawa 10 hingga 20 tahun penjara bagi setiap kesalahan.  Ketua pendakwa New York, Preet Bharara menggelarkan, Prokopi ‘lelaki pasaran gelap barangan prasejarah’. Rangka...

Jumpa keris melekat pada akar kayu

SEBERANG PERAI UTARA - Seorang pengamal perubatan terkejut menemui sebilah keris lama berukuran 15 sentimeter (cm) terlekat pada akar sebatang pokok yang dicabutnya untuk tujuan perubatan di kawasan semak di belakang perumahan penduduk di Kampung Bagan Ajam di sini, kelmarin. Nasir Othman, 65, yang juga pesara tentera sering menjadikan kawasan berkenaan untuk mendapatkan pokok kucing galak yang dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit kucing...

Polis tembak mati ketua selepas ditegur mabuk ketika bertugas

BANGKOK: Superintendan polis daerah Si Samrong di wilayah Sukhothai ditembak mati oleh orang bawahannya semalam, kata polis. Ketua Polis Sukhothai, Mejar Jeneral Rangsan Kochakrai, berkata, ketua unit pencegahan jenayah balai polis itu, Jakrarom Thoopjaem menembak ketuanya, Thanatpong Prasertsiripapha kira-kira jam 9 pagi di pejabatnya.  Prasertsiripapha cedera parah dan dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan mati. Thoopjaem kemudian...

Upah pekerja tampar jika layari Facebook

SAN FRANCISCO: Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja. Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat. Kata Maneesh,...

Jual isteri demi arak

KERALA : Seorang lelaki di selatan India, dikatakan menjual isterinya dengan harga Rs6,000 (RM419) untuk membiayai perangai buruknya yang suka minum arak. Akhbar Makkal Osai melaporkan, Medula Rajender, 42 tahun, bekerja sebagai buruh.  Apabila dia kehabisan wang untuk membeli arak, dia membuat perjanjian dengan seorang broker untuk menjual isterinya, Medula Ammayi, 36 tahun, Sabtu lalu. gambar hiasan Kejadian itu didedahkan apabila...

Alat mainan seks tersangkut dalam usus lelaki

SHANGHAI: Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari. Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.  Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop.  Doktor,...

Wanita takut ditelan tandas

LONDON: Seorang wanita yang mengalami rasa takut melampau kepada tandas, mengakui dia akan melarikan diri setiap kali mengepam tandas yang digunakan. Alasannya dia bimbang tandas berkenaan akan menyedutnya. Justeru, setiap kali Ney Decino, 20, perlu ke tandas membuang air, dia terpaksa merayu kepada ahli keluarganya untuk menjadi peneman. Mereka juga terpaksa mengepam tandas berkenaan selepas digunakan Ney. Fobia melampau itu turut membataskan...

Kapal didaftar di Malaysia karam

SEOUL - Tiga kelasi warga Filipina dan dua rakyat China terbunuh semalam apabila sebuah bot pengawal pantai Korea Selatan yang dinaiki mereka karam, kata beberapa pegawai. Ketika kejadian, bot itu menyelamatkan mereka dari sebuah kapal kargo Shinline yang turut karam. Seorang jurucakap pengawal pantai berkata, bot itu terbalik ketika membawa 15 anak kapal kargo itu. Kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan seberat 5,436 tan itu karam...

PM Australia terjatuh di depan kamera

SYDNEY - Perdana Menteri Australia, Julia Gillard terjatuh selepas beliau meletakkan kalungan bunga di Memorial Mahatma Gandhi di New Delhi, India kelmarin. Gillard terjatuh selepas kasut tinggi yang dipakainya terbenam di kawasan berumput semasa beliau berjalan ke arah pemberita dan jurugambar media. Bagaimanapun, beliau kemudian segera bangun dan ketawa. Gillard mengaku bahawa kasut tinggi yang dipakainya itu boleh terbenam di kawasan...

Google dedah pusat data

SAN FRANCISCO - Syarikat Google kelmarin mendedahkan gambar beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet. Pusat itu memproses permintaan klip video YouTube dan menghantar e-mel kepada berjuta-juta orang. Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/datacenters/gallery/. IMEJ yang tidak bertarikh menunjukkan sebuah pusat...

Misi cipta rekod lebih laju daripada peluru

SYDNEY - Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta. McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam. Kereta yang dipandunya akan bergerak lebih laju daripada sebutir peluru. Imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer menunjukkan kereta roket yang akan...

Jual lembu korban dengan cara yang unik

DEPOK, Indonesia - Seorang ahli perniagaan, Ramdoni mengubah suai bilik pameran kereta miliknya menjadi tempat jualan sejumlah lembu untuk dikorbankan pada sambutan Hari Raya Aidiladha di sini. Dia turut menggaji beberapa wanita yang memakai pakaian koboi untuk menjadi jurujual lembu dan melayan pelanggan-pelanggannya. SEORANG jurujual wanita yang berpakaian seperti koboi mengiringi pelanggan wanita di bilik pameran jualan lembu di Depok...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...