2020581

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, October 16, 2012

Farid Kamil, Diana nikah 3 November

SETELAH mengikat tali pertunangan secara tertutup 2 September lalu, Farid Kamil, 31, mengumumkan akan bernikah dengan aktres kacukan, Diana Danielle, 21, pada 3 November ini. Farid turut mengejutkan tetamu yang hadir pada sesi pratonton filem arahan dan lakonan terbarunya, Petiga, di TGV Sunway Piramid, Bandar Sunway, dengan pengumumannya itu. “Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, saya mengumumkan bahawa saya dan Diana akan melangsungkan...

Gambar bogel Justin Bieber tersebar

NAMA Justin Bieber kembali menjadi perhatian ramai apabila beberapa keping gambar bogel mirip penyanyi itu tersebar meluas di internet. Dipercayai, gambar tersebut diambil dari komputer riba Bieber yang dilaporkan hilang sejak beberapa minggu lalu. Justin Bieber Menurut Daily Mail, jejaka di dalam foto tersebut memiliki bentuk dan kedudukan tatu yang sama dengan Bieber. Menerusi gambar-gambar yang tersebar itu, Bieber dikatakan merakamkan...

Umpan bakso cabul budak

SUBANG JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang mahu membeli makanan kegemarannya terpaksa menghadapi detik hitam dalam hidupnya apabila dicabul warga asing menjual makanan itu di rumah lelaki terbabit di Batu 13, di Bukit Puchong di sini, Khamis lalu. Lelaki berusia 43 tahun itu dikatakan mengumpan kanak-kanak berkenaan menggunakan bakso yang dijualnya dan membawa budak itu pulang ke rumahnya untuk dicabul. Menurut sumber,...

Lelaki Siam cedera ditembak 3 das

KOTA BHARU - Seorang lelaki Siam cedera di bahagian kepala dan lengan selepas ditembak dengan tiga das dalam kejadian di stesen minyak Jalan Kebun Sultan, di sini, malam tadi. Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu berlaku ketika mangsa, Samnuan Sunnuan, bersama rakannya menaiki kenderaan jenis Myvi singgah di stesen berkenaan untuk...

Drebar wanita tendang burung perogol

BANGKOK: Seorang pemandu tut tut wanita berlawan dengan seorang perogol semalam, menendang alat sulit suspek sebelum melarikan diri, lapor akhbar. Polis Don Muang berkata, mereka mendapat laporan seorang wanita diserang dekat Jalan Klong Riep Prapa. Polis menemui Somjai, 37, yang hanya berseluar dalam dengan kesan lebam di muka dan tubuhnya. Dia bekerja sebagai pemandu tut tut di Soi Sanwee 5. Mangsa memberitahu polis, dia diminta oleh seorang...

Pocong tanah kubur

JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek...

Boleh akses senarai pesalah seks

Sydney: Daftar pesalah seks kanak-kanak pertama kali boleh diakses orang ramai di Australia semalam di mana ia menyediakan gambar dan nama pesalah seks terhadap kanak-kanak berikutan kebimbangan ia boleh menyebabkan kesilapan identiti. Halaman web Community Protection, sebuah inisiatif kerajaan Australia Barat (WA) menyediakan maklumat mengenai pesalah seks berulang disifatkan paling bahaya di negara itu.  “Ia membabitkan keseimbangan...

Dibelasah curi sekampit beras

KEPALA BATAS - Akibat mencuri sekampit beras, seorang buruh teruk dibelasah sekumpulan peniaga di sebuah premis perniagaan di jalan utama dekat Kompleks Kailan di sini, petang semalam. Lebih malang, suspek berbangsa Melayu lewat 20-an yang cedera di muka dan badan itu tidak ditolong pelanggan kedai runcit berkenaan dan orang ramai yang lalu lalang biarpun kejadian itu berlaku di tempat awam. Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang kelmarin,...

Lebih 20 dibunuh selepas tunai solat

Pasukan perubatan membawa salah seorang mangsa yang parah ditembak penyerang. KADUNA - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah perkampungan di utara Nigeria, menyebabkan 22 orang yang kebanyakannya baru selesai menunaikan solat terkorban, kelmarin. Pegawai polis, Olufemi Adenaike berkata, serangan di sebuah kampung terpencil, Dogo Dawa dipercayai bermotifkan membalas dendam selepas empat ahli kumpulan bersenjata itu, ditahan anggota...

Dongeng: Anak Itik Yang Hodoh

Seekor itik betina sedang mengeramkan telurnya. Ada empat biji telur kesemuanya. Setelah beberapa lama, telur-telur itu pecah. Telur pertama, kedua dan ketiga menetaskan anak-anak itik berbulu kuning yang comel. Tinggal sebiji telur sahaja lagi yang belum menetas. Telur itu bersaiz agak besar. Akhirnya telur itu pun pecah. Ia menetaskan seekor anak itik yang besar dan berbulu kelabu. "Oh tidak! Kamu tidak sama dengan anak-anakku yang lain. Kamu...

Sekolah Rusia larang murid perempuan Islam pakai tudung

MOSCOW - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung. Mufti wilayah Stavropol, Muhammad-Haji Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah. gambar hiasan Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu...

Tapir sesat dikejar anjing

ALOR GAJAH – Penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Payung, Taboh Naning, di sini, gempar apabila seekor tapir dewasa lari lintang-pukang masuk ke kampung itu akibat dikejar sekumpulan anjing, pagi kelmarin. Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, tapir berkenaan ditemui dalam keadaan cedera di badan dipercayai dicederakan binatang buas sebelum tersesat di kebun getah penduduk. Penduduk, Mohd Erwan Ridwan Abdullah, 26, berkata,...

Maut tepi sampah

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika sedang mengutip sampah berhampiran kafe siber di Jalan Raja Laut, malam kelmarin. Mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui mati oleh orang ramai dalam keadaan tidak terurus serta tidak mempunyai pengenalan diri. Lelaki tersebut yang dipercayai penagih dadah dan alkohol itu terjatuh dan menyebabkan kepalanya terkena bucu di kaki lima. Polis menjalankan...

Pelajar mati peha terputus

KIJAL – Seorang pelajar tingkatan empat maut dalam keadaan mengerikan selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta BMW, di Kilometer 136.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Gerai Lemang Kijal, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Che Ku Mohd Shafiq Asmawi Che Ku Mohd Sani, 16, beralamat di Taman Air Jerneh, Kemasik yang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, mati serta merta di...

Jumpa emas dalam sampah

PERSIARAN GURNEY – Pengalaman terjumpa rantai emas dalam timbunan sampah tidak mungkin akan dilupakan seorang pemungut barangan terpakai, Boon Siew Chin, 65, dari Tanjung Tokong di sini. Dia yang melakukan pekerjaan itu selama 12 tahun, berkata, ia adalah barangan berharga pertama dijumpainya di Pantai Persiaran Gurney. “Setiap pagi saya akan ke sini untuk kutip botol, kotak dan juga barang-barang yang boleh digunakan semula, tetapi pada hari...

Pelik! Budak suka makan mancis

Pemalang – Seorang kanak-kanak perempuan Tiara Handayani (2,5) warga Dusun Sirandu, Kelurahan Purwosari, Kecamatan Comal, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah, mempunyai tabiat pelik iaitu gemar memakan mancis api. Dalam sekali makan sahaja, dia mampu menghabiskan satu hingga dua kotak mancis. Tabiat pelik anak ke tiga pasangan Bejo (34) dan Sri Handayani (28) tersebut bermula ketika keluarga tersebut melihat Tiara berada di dapur seorang diri...

Jururawat pelatih nyaris buta

STOKE: Seorang jururawat pelatih cedera dimuka selepas dilibas dengan pisau oleh seorang penceroboh di kediamannya. Gemma Ball, 20, terpaksa menjalani jahitan dalaman selepas terkena pisau lelaki itu yang ditemuinya di belakang taman rumahnya di Stoke-on-Trent, Staffs.  Pelatih itu ketakutan selepas penceroboh bertutup kepala itu menendang anjingnya sebelum melibas pisau itu pada mukanya, kira-kira tiga sentimeter dari matanya dalam kejadian...

Isteri, 4 anak doktor rentung

ESSEX: Seorang ibu dan empat anaknya mati selepas rumah mereka di sini terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat. Dua budak lelaki berusia 13 tahun dan enam tahun serta seorang perempuan berumur 11 tahun serta ibu mereka disahkan mati selepas ditarik keluar dari rumah itu. Wanita yang mati dikenalpasti sebagai Sabah Usmani. Suaminya, Doktor Abdul Shakour hanya cedera ringan. Anak mereka yang terbunuh ialah Sohaib dan Rayan serta anak perempuan,...

Ukiran labu menyeramkan

MENARIK...pelbagai bentuk ukiran Villafane. BELLAIRE: Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu. Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka.  Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya. Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa...

Pelajar UMS rugi RM8,000 kena pukau

JOHOR BAHRU - Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) mendakwa menjadi mangsa pukau menyebabkan dia kerugian lebih RM8,000 ketika membeli-belah di pasar raya Giant, Plentong di sini pada 9 Oktober lalu. Ketika kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Nadzirah, 22, mengunjungi pasar raya berkenaan seorang diri untuk membeli kasut yang akan dipakai pada majlis konvokesyennya Sabtu ini. NADZIRAH...

Dongeng: Kapak Emas dan Kapak Perak

Pada zaman dahulu, tinggal seorang penebang pokok bersama ibunya yang miskin di dalam hutan. Selepas penat bekerja dia pun berehat.“Sudah sampai waktu makan,” katanya. Dia pun duduk dan memakan roti di atas sebatang tunggul kayu. Kemudian dia pergi ketebing sungai yang berhampiran untuk minum. Ketika membongkok untuk minum, kapak yang terselit di pinggangnya terjatuh ke dalam air.“Apa mesti ku buat? Aku tak boleh berenang. Lagi pun sungai ini...

Pengetua dituduh rasuah

BACHOK @ ABDUL SAMAD (bersongkok) diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru di Johor Bahru semalam. JOHOR BAHRU – Seorang pengetua sekolah menengah agama dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas 14 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya sendiri antara Julai 2011 hingga Julai lalu. Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Bachok @ Abdul Samad Abdul Latip, 65,...

Perut hancur digilis lori tanah

KESAN seretan jelas kelihatan di tempat kemalangan yang mengakibatkan Muhamad Fikri maut di Jalan Cheras-Kajang kelmarin. KUALA LUMPUR - Malang berganda.Hanya itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan mengenai satu kemalangan yang mengorbankan dua nyawa di Jalan Cheras-Kajang menghala ke pusat bandar berhampiran Taman Midah, Cheras di sini kelmarin. Kejadian pukul 11.05 malam itu mengakibatkan Muhamad Fikri Khairol Anuar, 22, dan seorang...

Isteri mati, suami ditahan

NORHANA disyaki mati selepas dicekik atau dijerut di lehernya Sabtu lalu. SHAH ALAM - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya yang didakwa terjatuh di dalam bilik air di rumah mereka di Apartmen Kiambang, Taman Bukit Subang, dekat sini Sabtu lalu. Lelaki berusia 36 tahun tersebut ditahan kelmarin selepas polis mendapati keterangan yang diberikan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bercanggah dengan...

Basikal kadbod dicipta

BASIKAL kadbod Gafni lebih ringan. MOSHAV AHITUV, Israel - Seorang pencipta Israel, Izhar Gafni mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod. Menurut Gafni, basikal itu dihasilkan selepas menjalani banyak ujian. Beliau yang berusia 50 tahun berkata, pengeluaran basikal itu akan bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi dan akan dijual pada harga tidak lebih AS$20 (RM61.17). "Semasa kami bermula (mencipta...

Kenderaan amfibia dijual di AS

KENDERAAN Quadski dipandu ke arah permukaan air di Oxford, Michigan pada 12 Oktober lalu. DETROIT - Sebuah kenderaan amfibia yang boleh bergerak di permukaan air dijual di Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$40,000 (RM122,279). Kenderaan itu dikeluarkan oleh syarikat Gibbs Sports Amphibians Incorporation di sini. Pihak pengurusan syarikat itu berharap kenderaan tersebut yang bernama Quadski akan dijual di seluruh dunia menjelang 2014. Ia...

Baumgartner lebih pantas daripada kelajuan bunyi

TERJUNAN yang dibuat Baumgartner. WASHINGTON - Pelagak ngeri Austria, Felix Baumgartner menjadi manusia pertama bergerak lebih pantas daripada kelajuan bunyi di luar sebuah kapsul kelmarin. Dia terjun dari kapsul tersebut yang berada setinggi 39 kilometer (km) dari Bumi. Kapsul tersebut bergerak ke udara dengan menggunakan belon helium. Ia mengambil masa lebih dua jam untuk tiba pada ketinggian 39km dari Bumi. Kelajuannya mencecah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...