Tuesday, September 18, 2012

Hantu penanggal ditangkap

Hantu penanggal ditangkap di Kuala Kangsar

Gambar hantu penanggal ini dikatakan ditangkap di Kuala Kangsar, Perak. Hantu Penanggal turut dikenali sebagai hantu botol kerana cara ia mengeluarkan kepala dari tubuh sama seperti membuka penutup botol. Penanggal dikatakan menggunakan jasad pemilik sebagai perantara dengan bantuan jin ataupun saka. Hantu ini sering dijumpai di kawasan sawah padi kerana gemar memakan katak, malah ianya adalah hantu yang paling ditakuti ketika seseorang hendak bersalin kerana turut menggemari darah ibu yang baru melahirkan anak. Ianya mengeluarkan cahaya terang benderang ketika terbang. Penanggal bukan sahaja berkeliaran di semenanjung tanah air, malah turut digeruni di Indonesia dan juga Thailand. Kesahihan gambar ini tidak dapat dipastikan dan menjadi perbualan hangat di media sosial.

9 comments:

  1. aku pernah nampak penanggal time makan kat kedai. byk orang nampak mase tu.. macam berapi2 die terbang2.. nasib baik jauh kat hutan tu. klu tepi kedai tu mmg lari aku haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar bebola api ni jin dari bukit atau hutan.. ada jugak yang kata penanggal.. kalau omputeh mesti kata UFO..

      Delete
  2. Salam.. Setelah saya lihat dengan seksama dan melakukan trawangan dalam gambar ini, ternyata gambar ini hanya tipuan ( Hoax ) ini adalah gambar hasil photoshop dan tidak asli. Dalam ilmu mistik, apa bila kita menangkap jin macam ni, hendaknya langsung dikurung dengan cara2 tertentu buka diletakkan seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. berdasarkan info yang admin terima, gambar ini merupakan prop yang digunakan untuk filem 'Penanggal'. Bererti khabar angin yang dihebohkan media sosial bahawa 'Bomoh Harun menangkap penanggal di Kuala Kangsar' adalah rekaan pihak tertentu.

      Delete
  3. Hmm..betul ke ni..pernah gak dengar cerita-cerita macam ni..

    ReplyDelete
  4. saya pernah tau dia makan anda kemarin

    ReplyDelete
  5. Mengarut betul la. penanggal yang ada dlm gambar ni sebenar yang muzium negara punya.. Model hantu ni telah dicuri kot..aku pernah jumpa hantu ni kat Muzium Negara masa pameran hantu dulu...

    ReplyDelete
  6. takut juga hantu seperti itu....padahal saya ga pernah takut hantu tapi ini hiiiiii....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...