2020562

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, July 9, 2012

Jerung putih ditemui di lokasi filem Jaws

GAMBAR pada 4 Julai 2010 menunjukkan seekor jerung putih besar menerkam umpan anjing laut tiruan dekat Teluk False Afrika Selatan. BOSTON - Sekurang-kurangnya dua ekor jerung putih dilihat tidak jauh dari kawasan penggambaran filem ikan pemangsa berkenaan, Jaws, di perairan bandar Chatham, Pantai Timur Amerika Syarikat (AS). Berita tersebut menyebabkan seorang pegawai mengeluarkan amaran waspada kepada orang ramai di samping mendorong ramai...

Lelaki panjat monumen 117 meter

SEORANG anggota Palang Merah kemudian memanjat monumen Estela de Luz untuk menemui lelaki tersebut. BANDAR RAYA MEXICO - Seorang penunjuk perasaan anti-Parti Institusi Revolusi (PRI) memanjat monumen Estela de Luz setinggi 117 meter di sini untuk menuntut Presiden baharu Mexico, Enrique Pena Nieto bersemuka dengannya, lapor media tempatan semalam. Lelaki berkenaan ditahan polis selepas seorang anggota paramedik Palang Merah berjaya memujuknya...

Tendang bini sebab banyak hutang

KOTA BHARU – Seorang peniaga yang mendakwa tertekan dibelenggu hutang keliling pinggang, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menendang belakang badan isterinya di rumah mereka di Batu Melintang, Jeli, April lalu. Tertuduh Hamid Hamad (gambar), 44, mengaku bersalah melakukan perbuatan mencederakan isterinya itu ketika dihadapkan di depan Majistret Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik. Mengikut pertuduhan, Hamid didakwa...

Tokoh budayawan Azah Aziz meninggal dunia

Profesor Diraja Ungku Aziz bersama Azah Aziz. – Foto ihsan KUALA LUMPUR - Tokoh budayawan Azah Aziz, yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz meninggal dunia di sini, hari ini. Azah Aziz atau nama penuhnya Sharifah Azah Mohamed Alsagoff, yang juga ibu kepada Gabenor Bank Negara, meninggal dunia pada usia 84. Dalam pada itu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli Majlis...

Sup Janin Bayi Yang Terkenal Di China

Sup Janin bayi merupakan sup yang paling terkenal di China pada satu ketika dulu. Sup Janin bayi ini paling digemari oleh seseorang yang inginkan tenaga batin yang kuat. Menurut kepercayaan mereka, janin bayi mampu membuatkan seseorang lelaki itu bertenaga dan mampu bertahan lebih lama dalam hubungan seksual. Kebanyakan sumber daripada janin bayi itu diambil daripada wanita atau gadis yang sudah terlanjur dan hendak menggugurkan kandungan...

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM, seorang mati

Dua suspek yang mengamuk mengalami kecederaan selepas ditembak polis. – Foto Ihsan News Media Network PUTRAJAYA – Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai. Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad...

Peniaga terkejut ‘durian dalam durian’

KOTA BHARU – Seorang peniaga durian di Kampung Jambu Merah Melor, Rosli Deraman, 40- an, terkejut selepas melihat sebiji lagi durian berada di dalam durian yang dijualnya di kampung terbabit kelmarin. “Ini merupakan kejadian pertama, sepanjang berniaga di kawasan ini, memang pelik apabila sebiji durian yang merekah mengeluarkan durian lain bersama isi durian yang bukan seperti kebiasaannya. Durian ini memang unik, namun ia tidak mengeluarkan...

Rupa makhluk asing menyerupai obor-obor

 Imej makhluk asing menyerupai obor-obor gergasi. LONDON – Tanggapan masyarakat terhadap rupa makhluk asing yang biasanya dilabelkan berwarna hijau sama sekali meleset. Pakar Satelit Britain, Maggie Aderin-Pocock berkata, rupa makhluk asing adalah seperti obor-obor gergasi dan berwarna oren. “Ia seperti obor-obor besar, lengkap dengan dermatologi, bentuk seperti bawang dan mempunyai perut berwarna oren,” katanya yang merakamkan imej...

Polis temui 10 kelongsong peluru di rumah ahli korporat

PETALING JAYA: Polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di rumah seorang ahli korporat setelah seorang suspek memakai topeng melepaskan tembakan secara rawak ke arah rumah ahli korporat itu dalam kejadian di Subang Jaya SS19, awal hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa bersama keluarganya, dua orang tetamu dan tiga pekerja sedang tidur. Beliau...

Rumah Hantu Terbesar Dan Terseram Di Dunia

Rumah hantu yang terletak di negara matahari terbit iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia. Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital. Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan. Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau...

15 gambar hantu sebenar yang terkenal

Ghost Story "The Brown Lady" of Raynham Hall Gambar ini diambil pada tahun 1936 di Raynham Hall di Norfolk, England. Imej ini menunjukkan "Lady Brown" yang dikatakan gambar hantu yang paling terkenal dan dihormati serta teragung yang pernah diambil. Hantu ini dianggap sebagai Lady Dorothy Townshend, isteri Charles Townshend, 2nd Viscount Raynham, penduduk Raynham Hall di Norfolk, England pada awal tahun 1700. Terdapat khabar angin bahawa...

Gadis pakai lampin

MANJA...Siti Salwani bermanja dengan Abdullah.  KASIH ADIK...Saadon bergurau dengan kakaknya, Siti Salwani. PASIR MAS: Melihat susuk tubuhnya, dia bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang. Begitu nasib Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, dekat sini, yang berusia 19 tahun. Dengan ketinggian cuma...

15 minit rintih sakit

PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok.  TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. PORT DICKSON: “Sakit...sakit,” rintih seorang lelaki yang terpaksa menahan azab selama 15 minit akibat tersepit di tempat duduk penumpang sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta dinaiki bersama dua saudaranya terbabas lalu merempuh tembok di Jalan Pasir Panjang-Port...

Sampah RM133,300

DI SINI...Bahar menunjukkan lokasi dia menemui kotak berisi RM133,300. TAWAU: Seorang pemandu lori perabot yang melakukan kerja sambilan mengutip kotak terbuang menjadi ‘kaya sekejap’ apabila mendapati satu daripada kotak yang diambil di tepi jalan mengandungi RM133,300. Namun, lelaki berkenaan, Bahar Rauf, 55, yang terkejut dengan penemuan itu, akhirnya membawa kotak dan wang berkenaan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau sebelum diserahkan...

Pemandu tertidur tengah jalan

Polis mengeluarkan saman terhadap pemandu terlibat. KULIM - Gara-gara memandu dalam pengaruh alkohol seorang lelaki berusia 20-an tertidur dalam kereta yang dipandunya di tengah jalan utama ke Taman Selasih kira-kira jam 4 pagi semalam. Polis dari Balai Polis Taman Selasih yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah bersama anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) ternampak kereta lelaki itu dalam...

Pistol penyudah debat dua politikus Jordan

img alt="Pistol penyudah debat dua politikus Jordan" height="240" src="http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.64719.1341740833!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_400/image.jpg" style="margin-left: auto; margin-right: auto;" title="Shawabka (kanan) dilihat sedang menyeluk saku jaketnya untuk mengeluarkan pistol sebelum disasarkan ke arah Murad." width="320"> Shawabka (kanan) dilihat sedang menyeluk saku jaketnya untuk mengeluarkan pistol...

Warga emas maut ditetak jiran

TAIPING - Seorang lelaki warga emas mati ditetak jirannya adalah antara tiga kes bunuh yang berlaku di tiga daerah di Perak dalam tempoh 24 jam sejak malam semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dalam kejadian di Taman Changkat, Kampar pada pukul 9.20 malam semalam, Wong Cheong Heng, 73, meninggal dunia akibat ditetak di bahagian pinggang dan kepala menggunakan sebilah parang oleh jirannya yang juga warga emas. Beliau berkata...

Mulut masin Tok Batin Bak

AKI Gadong meraut bertam untuk dijadikan demak sumpitnya. BAGI Tok Batin Bak Raja Tek, 68, biarpun kehidupannya jauh di dalam hutan, ketua masyarakat Orang Asli Che Wong yang menetap di pinggir Hutan Simpan Krau, Pahang, ini beranggapan selagi mereka boleh bercucuk tanam, mencari hasil hutan dan berburu, itu sudah memadai. “Kami bukan menolak kemodenan. Kami cuma lebih selesa mengekalkan kehidupan tradisi yang membenarkan kami mencari rezeki...

Ikan todak langgar Singapura

TABIAT ikan todak yang suka melompat secara tiba-tiba pernah menyebabkan kematian nelayan. CERITA Singapura atau dahulunya dikenali sebagai Temasek diserang sekumpulan ikan todak sememangnya cukup terkenal. Kisah ini terdapat dalam teks Hikayat Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Karakter yang begitu dikenali ialah seorang budak lelaki yang pintar bernama Hang Nadim yang berjaya menyelamatkan negaranya daripada serangan ikan todak...

Irina syaitan berskirt hitam

PEMBUNUH bersiri ini memberikan reaksi tenang sambil menundukkan kepala ketika hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya . IRINA GAIDAMACHUK hanya mampu menundukkan kepala ketika hakim mahkamah Yekaterinburg di barat Rusia menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atasnya bagi kesalahan membunuh. Dia ditahan pada Jun 2010 selepas pihak polis mendapati wanita berumur 41 tahun itu terlibat dalam beberapa episod pembunuhan bersiri melibatkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...