Monday, July 9, 2012

Bunkface buka pusat tuisyen

ANGGOTA kumpulan Bunkface dari kiri, Youk, Sam dan Paan.
SEPINTAS lalu, bunyinya ala-ala School Of Rock, filem lakonan Jack Black tu! Tapi bukanlah total begitu, ala-ala sahaja. Banggalah Diva dapat cerita bahawa Bunkface kini sedang merancang untuk kembangkan sayap mereka ke bidang pendidikan pula! Maksudnya, perjuangan kumpulan yang dianggotai ahli tetap Youk, Sam dan Paan bukan sekadar untuk kembangkan pengaruh muzik tapi mereka juga berjiwa murni untuk kembangkan minda peminat mereka.

Kata si pengurus Bunkface yang manja dengan nama Peah itu, pusat tuisyen yang diberi nama Bunkface Education Centre (BEC) atau Pusat Tuisyen Impak Evolusi itu akan mula beroperasi bertempat di Setia Alam, Shah Alam selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Sekarang, kerja-kerja pengubahsuaian bangunan sedang dijalankan.


"Projek itu tercetus daripada idea asal Youk, yang mahu memberikan sesuatu yang boleh kekalkan impak sampai bila-bila, jadi dia pilih bidang pelajaran. Tak mahu lagi, orang kata muzik itu melalaikan," kata Peah.

Selain ada studio mini untuk sesi jamming dan kelas pembelajaran subjek-subjek akademik oleh pengajar bertauliah yang digaji, dengarnya, vokalis Bunkface, Sam sendiri akan mengajar subjek Bahasa Inggeris. Wah! Mesti ramai peminat datang nak belajar bahasa Inggeris dengan Sam lepas ni.

Bukan pusat tuisyen itu sahaja, dengarnya bawah BEC juga geng Bunkface turut berkerjasama dengan badan-badan tertentu untuk turun padang bagi kempen motivasi dan seminar pasal muzik. Hebatlah!

sumber- Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...