Monday, July 9, 2012

15 minit rintih sakit

PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok.
PARAH...Vasantha tersepit selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu rempuh tembok. 

TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
TERSEPIT...anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit.
PORT DICKSON: “Sakit...sakit,” rintih seorang lelaki yang terpaksa menahan azab selama 15 minit akibat tersepit di tempat duduk penumpang sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat selepas kereta dinaiki bersama dua saudaranya terbabas lalu merempuh tembok di Jalan Pasir Panjang-Port Dickson, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, mangsa, V Vasantha, 24, patah kaki kiri dan cedera di bahagian muka manakala, M Janaki, 60, yang duduk di bahagian belakang patah kaki dan tangan. Namun pemandu kereta, T Vijayan, 27, hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi berkata, siasatan awal semua mangsa dalam perjalanan dari Pasir Panjang ke Port Dickson sebelum kereta Proton Saga dinaiki hilang kawalan.

“Kereta yang dipandu Vijayan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tembok menyebabkan Vasantha iaitu penumpang depan terperosok di bawah tempat duduk. “Manakala, Janaki yang turut cedera parah dikeluarkan orang ramai sebelum dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.


Abd Wahab berkata, Vasantha yang kelihatan parah di muka dikeluarkan bomba dan terus dikejarkan ke HPD untuk rawatan dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. “Siasatan tempat kejadian masih lagi diteruskan berikutan kemalangan ini membabitkan kenderaan mangsa saja,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kemalangan dan meminta mana-mana saksi kejadian tampil atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nor Athirah Abd Manaf di talian 016-4412831 bagi menyalurkan maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai dan menyebabkan kemalangan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Badrul Taman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.15 pagi dan satu jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...