Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Wednesday, December 5, 2012
2 maut, 5 parah kemalangan dua kereta di Dungun
DUNGUN – Dua wanita maut, tiga parah manakala dua yang lain cedera ringan dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kereta berdekatan loji air Kampung Serdang, dekat sini, pagi tadi.
Kejadian jam 8.30 pagi di Kilometer 12.5 Jalan Dungun-Bukit Besi itu dipercayai berlaku apabila sebuah Honda Civic dinaiki tiga sekeluarga dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas lalu berlanggar dengan sebuah Proton...
Orang tertua dunia, 116 tahun meninggal dunia

ATLANTA - Wanita Amerika Syarikat (AS) yang disenaraikan sebagai orang tertua di dunia meninggal dunia pada usia 116 tahun, semalam.
Menurut anaknya, Sidney Cooper, Besse Cooper meninggal dunia di rumah sakit berhampiran Atlanta, Georgia.
Baru-baru ini Besse dilaporkn mengalami sakit akivat virus dalam perut.
Besse Cooper dari Monroe, Georgia, meraikan hari kelahiran ke-116 baru-baru ini. - Foto ihsan CNN
Menurut anaknya lagi, ibunya...
Lelongan surat dan esei Napoleon catat sejarah

PARIS - Sepucuk surat berusia 200 tahun hasil nukilan Napoleon Bonaparte, berikrar memusnahkan Kremlin iaitu pusat pentadbiran Rusia dilelong pada 187,500 euro (RM 746,182) sekali gus mencatatkan sejarah baru lelongan di Perancis.
Surat Bonaparte dilelong pada harga RM746,182 ketika lelongan di Fontainebleau
Surat bertarikh 20 Oktober 1812 itu, antara lain menyebut: “Saya akan memusnahkan Kremlin, jam tiga pagi hari ke-22 serangan ke atas...
Jari dipotong kerana buang sampah

HUNAN, China- Seorang wanita yang bersarapan dan kemudiannya membuang sampah dari kenderaan ke jalan raya mendapat hukuman yang sangat menyakitkan. Berdasarkan laporan media di China, seorang tukang cuci yang melihat perlakuan wanita tersebut berasa marah lalu memotong jarinya.
Zhou Ting, 22, menaiki van penghantaran bersama suaminya terkejut apabila pintu van dibuka lalu diserang dengan sebilah pisau oleh tukang cuci tersebut.
Saksi...
Tragedi uji enjin baru

SABAK BERNAM - Hasrat dua rakan menguji enjin kereta yang baru ditukar tidak kesampaian apabila kenderaan dipandu mereka terbabas ketika di selekoh berhampiran Jalan Teluk Rhu, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohammad berkata, kereta Ford dipandu mangsa, Yusof Kusni, 42, dan Kamarul Ariffin Ahmad Hadi, 27, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang elektrik ketika dalam kejadian kira-kira jam...
Tradisi memburu ikan guna burung

Beratus tahun yang lalu, nelayan di China telah melatih burung-burung untuk memburu ikan bagi menyara hidup mereka. Burung-burung ini akan menyelam ke dalam sungai dan mencari makanan di dalamnya.
Cincin khas diletakkan pada leher burung tersebut sebelum dibenarkan untuk menyelam. Ianya bertujuan untuk mengelakkan burung tersebut dari menelan terus hasil tangkapan. Ini bermakna apabila ia muncul di permukaan air, nelayan akan mengambil hasil...
Iran tawan pesawat drone AS

TEHERAN - Pengawal Revolusi Iran semalam mendakwa berjaya `menawan’ sebuah pesawat tanpa juruterbang drone milik Amerika Syarikat (AS) di perairan Teluk Parsi selepas ia memasuki ruang udara Iran dipercayai dalam misi mengumpul maklumat perisikan.
Bagaimanapun Armada Kelima AS yang berpangkalan di Teluk segera menafikan dakwaan itu dan menyatakan mereka tidak kehilangan mana-mana pesawat drone di rantau berkenaan.
Cawangan tentera laut...
Tanam janin dalam semak

SUBANG JAYA: Satu janin berusia lima bulan ditemui cuba ditanam seorang lelaki dalam semak berhampiran Taman Subang Mas, di sini, semalam.
Janin yang cukup sifat dipercayai lelaki itu ditemui 5.40 petang selepas seorang lelaki berusia 20-an memaklumkannya kepada anggota polis yang melalui tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, janin berkenaan yang dibungkus dalam kain ditanam seorang lelaki...
Budak cedera Blackberry meletup

LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur.
Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.
Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut...
Wanita mati diserang harimau

BANGKOK - Seorang wanita penoreh getah terbunuh akibat serangan harimau di Tumbon Aiyerweng, Betong, Yala, hari ini.
Pranee Mahasuk, 43, yang cedera parah di kepala dan muka mati di Hospital Betong.
gambar hiasan
Suaminya Boontham Mahasuk berkata mereka sedang menoreh getah pada awal pagi bila dia terdengar isterinya menjerit dan mendapati seekor harimau Benggala berada dekat isterinya.
"Saya memanjat pokok dan menembak harimau itu...
Subscribe to:
Posts (Atom)