2020560

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, November 2, 2012

Upah geng culik awek

RAWANG: Seorang lelaki sanggup mengupah sekumpulan lelaki membelasah teman wanitanya hingga pengsan sebelum melarikan dan mengurung mangsa dalam sebuah rumah di Bandar Country Homes, Selasa lalu. Selain itu, pasangan kembar mangsa berusia 18 tahun dan teman lelakinya yang berusia 19 tahun turut menjadi mangsa. Kembar mangsa turut pengsan manakala teman lelakinya sempat melarikan diri kira-kira 100 meter untuk meminta bantuan selepas dikejar dengan...

Rentung ketika sedang tidur

TAMAN SENTOSA - Seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah bengkel jentera berat yang terbakar di Batu 5, Jalan Sungai Jati di sini, awal pagi semalam. Ketika kejadian, mangsa berusia 30 an itu dipercayai sedang tidur di salah satu ruang dalam bengkel yang dijaganya itu. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Zulkifli Osman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sekitar jam 12.17 malam dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian. Mangsa...

Kulit kelapa tertera kalimah ALLAH

HULU TERENGGANU - "Pada mulanya, saya ingatkan ia hanyalah debu walaupun kelihatan seperti huruf Jawi kerana kelapa ini hanya digantung di pagar rumah tetapi apabila diamati, rupanya tertera kalimah ALLAH dan semakin hari ia semakin jelas." Demikian menurut Asrul Wahab, 36, mengenai penemuan kalimah berkenaan pada kulit kelapa pandan milik ibunya, Habsah Hod, 66, yang disifatkan mereka sekeluarga sebagai bukti kekuasaan Ilahi dan turut menarik...

Megaupload bakal dilancar semula

WELLINGTON - Pemilik laman web perkongsian data Megaupload, Kim Dotcom hari ini mendedahkan rancangannya untuk melancarkan semula empayar perkongsian fail pada Januari depan. Bulan itu dipilih kerana ia adalah ulang tahun dia ditangkap di New Zealand atas dakwaan melanggar hak cipta. Rakyat Jerman berumur 38 tahun itu mengumumkan rancangannya untuk melancarkan perkhidmatan terbarunya, Mega dalam akaun Twitternya.  sumber- AFP...

Tiga mati terpijak di parti Halloween

MADRID: Tiga wanita mati dalam satu kejadian bersesak-sesak pada sambutan Halloween, semalam. Kejadian berlaku selepas seorang pengunjung melontar bunga api kira-kira jam 4 pagi di Madrid Arena, stadium tertutup yang boleh memuatkan kira-kira 10,000 orang di Madrid, ibu negara Sepanyol. Dua orang turut cedera. Menurut jurucakap polis, suasana panik berlaku selepas seorang pengunjung dalam stadium melontar bunga api. Siasatan terhadap...

Patung Lance Armstrong akan dibakar

EDENBRIDGE: Model bekas jaguh lumba basikal, Lance Armstong dengan lencana ‘ Jim Fix It For Me’ akan dibakar di depan beribu-ribu pengunjung pada malam unggun api hujung minggu ini. Patung itu juga menggambarkan Armstrong memegang poster berbunyi: “Untuk dijual, basikal lumba tidak lagi diperlukan.” Langkah itu diambil selepas tujuh gelaran perlumbaan Tour de France dilucutkan daripada pelumba berusia 41 tahun itu kerana kesalahan dadah. Bagaimanapun,...

Wanita tewaskan jerung

HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri. Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau. MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya. Apabila diserang, Mariko...

22 maut, 135 cedera lori tangki meletup di Riyadh

RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan berhampiran. BEBERAPA anggota Jabatan Perkhidmatan Awam Arab Saudi cuba memadamkan api selepas satu letupan besar memusnahkan sebuah bangunan dan beberapa buah kenderaan. Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Saad al-Qahtani memberitahu,...

Pulau dilitupi debu gunung berapi 100 tahun

JUNEAU, Alaska - Sebuah pulau di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilanda jerebu yang dipercayai kesan daripada debu letusan sebuah gunung berapi sekitar 100 tahun lalu. Keadaan berjerebu itu melanda Pulau Kodiak dekat sini sejak minggu lalu. JEREBU melitupi dua kincir angin di puncak Gunung Pillar di Pulau Kodiak, Alaska pada 9 Oktober lalu. Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, angin kencang serta kekurangan salji pada Selasa lepas...

Usaha pulih AS lambat

NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy. Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik. SEJUMLAH rumah yang musnah dan...

Simpan pistol, buat bom

GEORGE TOWN – Kegiatan tiga penjenayah berbahaya yang paling dikehendaki polis negeri ini kerana memeras ugut ahli perniagaan menggunakan senjata api, peluru dan bom tangan buatan sendiri bagi memperoleh wang terbongkar apabila kesemuanya diberkas kelmarin. Kesemua samseng berusia lingkungan 30-an tersebut diberkas pada pukul 5.30 petang di sebuah rumah di Taman Damai, Padang Serai, Kedah hasil maklumat dan risikan terperinci yang dilakukan polis...

Majlis Al-Arqam diserbu JAIS

RAWANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini malam tadi. Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron. Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut. Badrulamin antara yang ditahan...

Udang karang unik berwarna oren hitam

BOSTON - Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS). Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS. GAMBAR daripada pihak Akuarium New England di Boston kelmarin menunjukkan udang karang berbelang...

Lori padi terbabas, empat maut

ALOR SETAR – Empat beranak maut manakala seorang lagi parah apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori padi yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Tualang dekat Kampung Permatang Limau dekat sini semalam. Mangsa yang maut ialah pesara tentera, Shafie Abd. Hamid, 57; isterinya, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka iaitu Nurul Faiz, 24, dan Mohd. Iptihar, 26. MAYAT empat sekeluarga mangsa kemalangan ditutup dengan...

Meteorit 300kg ditemui di barat Poland

WARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter di kawasan Rizab Meteorit Morasko, di bandar Poznan, barat Poland. Meteorit itu adalah yang terbesar pernah ditemui di rantau Eropah Timur. Penemuannya diharap dapat memberi petunjuk baharu mengenai komposisi teras Bumi. BEBERAPA jurufoto mengambil gambar meteorit yang ditemui di Poznan, Poland kelmarin. "Kita tahu bahawa...

Pembedahan selamatkan budak berpenyakit ganjil

SYDNEY - Sepasukan doktor Australia semalam memuji pembedahan pertama di dunia ke atas seorang budak lelaki yang menghidap sejenis penyakit ganjil menyebabkan tekanan darah tinggi dan strok. Dikenali sebagai autosomal recessive polycystic dan congenital hepatic fibrosis, penyakit tersebut menyerang ginjal dan hati manusia. Alat penyahsaraf yang dimasukkan ke dalam salur darah pesakit. - AFP Budak lelaki itu, Matthew Gaythorpe, 10, menghidap...

Pemain pakau profesional AS menang RM26 juta

LOS ANGELES - Seorang pemain pakau profesional dari Amerika Syarikat (AS), Greg Merson diumum sebagai juara Kejohanan Pakau Siri Dunia semalam, kata pihak penganjur. Merson dinobatkan sebagai juara dunia selepas menamatkan perlawanan pakau peringkat akhir selama 13 jam. MERSON dari Laurel, Maryland memegang gelang emasnya selepas memenangi Kejuaraan Pakau Siri Dunia di Rio Hotel & Casino di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat baru-baru...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...