2020585

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, September 19, 2012

Robert Pattinson & Kristen Stewart kembali bersama

Robert Pattinson & Kristen Stewart Setelah menyedari mereka tidak boleh hidup diantara satu sama lain, akhirnya bintang “Twilight”, Robert Pattinson telah mengambil keputusan untuk memaafkan kekasihnya, Kristen Stewart dengan memberinya peluang kedua, dan mahu kembali menjalin hubungan dengan Kristen. Menurut satu sumber, aktor berusia 26 tahun itu mengambil keputusan memaafkan Kristen selepas menyedari dia tidak mampu hidup tanpa kekasihnya...

Fesyen terbaru Gaga

Lady Gaga Selebriti Hollywood yang terkenal dengan fesyen pelik ini tampil dengan gaya terbaru ketika menghadiri acara, London Fashion Show, Isnin lalu.  Seakan berhijab, Gaga mengenakan kain jenis satin yang menutup wajahnya. Jika dilihat secara keseluruhan, ia tak ubah seperti kain cadar yang membaluti tubuhnya. Di tambah pula dengan aksesori bulu haiwan. Penyanyi ... nampaknya tak pernah kalah dalam mencuri perhatian umum....

Warga Afrika cedera parah terjatuh dari tingkat tiga

Lelaki warganegara Afrika cedera parah setelah terjatuh dari tingkat tiga salah sebuah blok bangunan Apartment Sri Jasmin, Mantin. - Foto Bernama NILAI - Seorang lelaki warganegara Afrika cedera parah setelah terjatuh dari tingkat tiga salah sebuah blok bangunan apartment Sri Jasmin, Mantin dekat sini ketika cuba melarikan diri dalam satu operasi Jabatan Imigresen Negeri Sembilan tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sembilan...

Majalah Perancis siar kartun Nabi, Islam tambah marah

Umat Islam Indonesia melaungkan slogan ketika mengadakan protes di luar Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, Indonesia, hari ini. – Foto EPA PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini  sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu...

Tragedi Kanibal, Uruguayan Air Force Flight 571

Pada tanggal 13 Oktober 1972, pasukan ragbi Kolej Stella Maris sedang dalam perjalanan dari Monteviedo, Uruguay ke Santiago, Chile untuk bertanding dalam satu perlawanan ragbi.  Namun, malang tidak berbau apabila pesawat yang mereka naiki terhempas di puncak gunung antara Chile dan Argentina akibat cuaca buruk. Kesemua 45 orang penumpang dijangkakan mati setelah operasi pencarian selama 11 hari gagal menemui sebarang jejak.  Perkiraan...

Lelaki bakar seluar dalam demi isteri

JAKARTA: Seorang lelaki yang kesunyian membakar seluar dalam isteri yang telah berpisah dengannya, dalam satu upacara pelik untuk mendapatkan kembali isterinya, ditahan di Tanah Abang, Jawa Tengah. Muhammad Ridwan, 38, ditahan kelmarin kerana meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya selepas jiran terlihat api di biliknya.  Mereka kemudian memukulnya sehingga lebam kerana mengesyaki dia mahu membakar bangunan tempat tinggal mereka.  Ridwan...

Bayi, ibu, nenek maut

ANGGOTA polis menyiasat kebakaran yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat awal pagi semalam. CARDIFF: Tiga sekeluarga dari tiga generasi, termasuk seorang bayi berusia enam bulan yang baru beberapa hari berada di rumahnya, terbunuh dalam kebakaran disyaki berpunca daripada perbuatan khianat, semalam. Kimberley Buckley terbunuh bersama ibunya, Kayleigh Buckley, 17, serta neneknya, Kim Buckley, 46, apabila mereka terperangkap dalam...

Makan mee dengan mangkuk kencing

Untuk memakan mi segera, seseorang itu haruslah mempunyai mangkuk. Namun, bukan kesemua mangkuk boleh digunakan untuk memakan mi segera contohnya seperti mangkuk tandas dan juga mangkuk kencing. Mungkin disebabkan salah faham mengenai mangkuk, seorang lelaki asia telah memakan mi segera dengan menggunakan mangkuk kencing di sebuah tandas awam. Perkara ini agak jijik tetapi melucukan. Nampaknya lelaki tersebut tidak perlu menambahkan rencah...

Tertuduh kes sumbang mahram rayu jaga isteri

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol anak tirinya berusia 18 tahun. KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu am dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan melakukan sumbang mahram dengan anak tirinya pada Jun 2009 dan Mei lalu. Tertuduh, 55, dari Kuala Berang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan merogol mangsa yang baru berusia 18 tahun. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh, didakwa...

Mati terdampar atas batu

Mayat mangsa yang dijumpai dalam keadaan separuh badan terdampar di atas batu di kawasan Air Terjun Buntong, kelmarin. IPOH - Seorang pekerja kilang ditemui mati dalam keadaan berseluar dalam dengan kesan pukul di kepala dan beberapa bahagian badan di kawasan Air Terjun Buntong, Isnin lalu. Mangsa, D Raymond Roy, 27, dari Taman Gamelan, Menglembu dijumpai dalam keadaan terdampar di atas batu dengan separuh badannya di dalam air oleh orang...

Merogol kerana balas dendam

Keng Ninchu BANGKOK: Seorang lelaki disyaki perogol bersiri yang mengekori dan mengganggu wanita di perhentian bas, ditahan polis di rumahnya di daerah Bang Khun Thian di sini, semalam. Menurut polis, suspek, Keng Ninchu, 28 tahun, mengaku merogol beberapa wanita kerana dia marah kerana tidak memiliki wajah menarik dan pernah ditipu oleh wanita sebelum ini.  Katanya, dia mahu membalas dendam.  Keng mengaku merogol sekurang-kurangnya...

Polis hilang gigi

RAMPAS...parang dan barangan milik suspek yang menyerang polis. SUBANG JAYA: Seorang anggota Balai Polis Subang Jaya patah gigi, luka di lengan dan lutut kanan selepas bergelut dengan seorang penjenayah yang cuba menyerangnya dengan parang dalam kejadian di Persiaran Kewajipan berhampiran SS14, di sini, tengah malam semalam. Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam, anggota itu yang berusia 20-an bersama empat lagi rakan setugas mengejar...

Bayi mati dalam buaian

NORFAHEZATUL BATRISYA ALOR GAJAH - Seorang bayi berusia 4 bulan meninggal dunia di rumah pengasuhnya di sebuah taman di Durian Tunggal, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin. Dalam kejadian itu, Norfahezatul Batrisya Shahroniza tidur dalam buaian di rumah pengasuh sebelum disedari tidak bernyawa dalam keadaan basah lencun kerana berpeluh. Bapa bayi berkenaan, Shahroniza Hashim, 42, berkata, pagi sebelum kejadian, isterinya, Norlela...

Budak 8 tahun berjihad

Ruqaya memberi ucapan ketika persidangan di Sydney, Australia. SYDNEY - Seorang budak perempuan berumur lapan tahun, membuat pengakuan mencintai jihad dan kebangkitan Islam di Syria di dalam satu persidangan Islam di ibu negara baru-baru ini. Namun, pengumuman dibuatnya telah mengundang rasa kurang senang Australia yang mendakwa Ruqaya menimbulkan kontroversi dalam negara ketika kerajaan sedang berhadapan dengan kesan buruk protes yang berlaku...

Lelaki persenda al-Quran

Muhammad Sombhas dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah, semalam. SEREMBAN – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, atas tuduhan mempersendakan al-Quran, menghina Islam dan melakukan perbuatan serta ajaran salah di sisi agama. Muhammad Sombhas Abdullah, 48, yang menghadapi empat tuduhan, dibawa ke kamar mahkamah oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS),...

Ibu mati selamat anak, diserang 20 lelaki

Kalyani Krishnan SUNGAI PETANI – “Saya sudah menetap di sini hampir 28 tahun, namun ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam keluarga kami." Demikian luahan Thannimalai Muthu, 63, berhubung pergaduhan yang berlaku di hadapan rumahnya, malam kelmarin, dekat Ladang Bukit Lembu yang menyebabkan isterinya, Kalyani Krishnan, 57, maut. Menurutnya, keluarganya diserang sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam sebelum menetak tiga mangsa...

Kereta terbabas, banduan hilang

KEADAAN kereta polis membawa banduan yang merempuh belakang lori di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid, Kuantan semalam. KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori. Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat...

Bunuh rakan untuk larikan wang

ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam. TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam. Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu...

Janin ditemui di tangga kuarters KLIA

SAIFUL NIZAM menunjukkan tempat janin yang ditemuinyadi atas tangga di kuarters KLIA, Nilai. NILAI - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam. Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya. "Sebaik sahaja membuka...

Hui Yee mati di pangkuan bapa

DINO Bato Sam bua meratapi kematian anak kesayangannya, Tee Hui Yee di kediamannya di Batu Pahat, Johor semalam. BATU PAHAT - Selepas lima tahun menikmati kehidupan sebagai insan normal, Tee Hui Yee yang merupakan penerima organ jantung baharu menerusi satu pembedahan maraton pada 2007, meninggal dunia secara mengejut di kediaman ibu bapanya di Kampung Parit Besar di sini semalam. Gadis berusia 19 tahun itu yang pernah menyentuh hati nurani...

China mahu berunding isu pulau

BEBERAPA anggota polis mengawal sejumlah penunjuk perasaan anti-Jepun di sebatang jalan raya menuju ke Pejabat Konsulat Jepun di Shanghai semalam. BEIJING - China mahu berunding bagi menyelesaikan pertikaian dengan Jepun berhubung tuntutan bertindih ke atas beberapa buah pulau tetapi akan mengambil 'tindakan susulan' sekiranya rundingan itu gagal, kata Menteri Pertahanan, Liang Guanglie semalam. "Kami berhak mengambil tindakan susulan walaupun...

Psy ucap terima kasih kepada peminat

PSY (kanan) menari tarian kuda ketika dia membuat persembahan untuk program televisyen Today di New York pada 14 September lalu. SEOUL - Artis rap terkenal Korea Selatan, Psy semalam mengucapkan terima kasih kerana muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 200 juta kali di YouTube. Lagu itu turut mengungguli carta muzik iTunes di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu. "Mendapat 200 juta tontonan, terima kasih semua," kata Psy di laman...

Lelaki Korea Selatan bermekap untuk kerjaya

GIL-NAM mencari produk penjagaan kulit di sebuah kedai di Seoul pada 10 Ogos lalu. SEOUL - Jika dahulu, pemakaian mekap sinonim dengan kaum wanita namun kini semakin ramai lelaki di Korea Selatan gemar bersolek bagi membantu mereka berjaya dalam kerjaya yang diceburi. Seorang pelajar sebuah pusat pengajian tinggi di sini, Cho Won-hyuk berkata, dia akan menggunakan bedak dan celak pada setiap pagi sebelum keluar rumah. "Memiliki wajah bersih...

Pejabat penunjuk perasaan separuh berbogel di Paris

SEORANG wanita memotong reben dengan menggunakan gergaji di pintu ibu pejabat Femen di Paris semalam. PARIS - Ibu pejabat kumpulan pembela wanita, Femen yang terkenal dengan anggota-anggotanya mendedahkan payu dara dibuka secara rasmi di sini semalam. Beberapa acara diadakan sempena majlis perasmian itu di sebuah bekas pawagam yang diubah suai menjadi ibu pejabat kumpulan tersebut. Antara acara itu ialah perarakan anggota-anggota kumpulan...

Elmayan jadi pemain tenis tertua dunia

Artin Elmayan BUENOS AIRES, Argentina - Seorang lelaki, Artin Elmayan menjadi pemain tenis tertua di dunia pada usia 95 tahun. Dilahirkan di Armenia, Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) menyenaraikan Elmayan sebagai pemain ranking yang ke-26 dalam kategori pemain tenis berusia lebih 85 tahun. Setakat ini, hanya terdapat 39 lelaki dalam senarai ITF itu dengan tiga daripada mereka warga Argentina dan cuma Elmayan yang lahir sebelum tahun...

Orang utan hidap kanser dirawat seperti manusia

ORANG utan yang bernama Peanut dirawat di Pusat Kanser Menyeluruh Sylvester di Miami pada 5 September lalu. MIAMI - Seekor orang utan betina bernama Peanut di Amerika Syarikat (AS) menjalani rawatan kanser yang sama seperti manusia. Empat hari lalu, orang utan berusia lapan tahun itu menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Kanser Menyeluruh Sylvester di sini selepas ia disahkan menghidap kanser darah. "Saya belum pernah diselubungi perasaan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...