2020555

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Tuesday, October 2, 2012

Fenomena Halo di Lembah Klang

Fenomena halo adalah lingkaran cahaya yang terbentuk seperti pelangi yang mengelilingi Matahari- Foto Bernama KUALA LUMPUR - Orang ramai di sekitar Lembah Klang dapat menyaksikan fenomena Halo hari ini. Halo merupakan fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar matahari atau bulan yang kadang kala boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), terdapat pelbagai...

Harimau Benggala 200kg, manusia bercanda untuk hiburkan pengunjung Zoo Arizona

ANTARA lagak ngeri tetapi amat menghibur dilakukan Harwell bersama Akasha di Zoo Arizona. Pertunjukan itu diadakan di depan pengunjung zoo berkenaan setiap hari. PHOENIX: Seorang kakitangan zoo menunjukkan keyakinannya kepada seekor harimau Benggala dengan berenang bersama-sama haiwan liar itu pada setiap hari. Rutin itu dilakukan Jeff Harwell, 30, bersama Akasha untuk menghiburkan ribuan pengunjung Zoo Arizona. Akasha berusia 12 tahun...

Rela gadai nyawa demi anak jiran

FONANGWAN bersama Adam yang diselamatkannya LONDON: Seorang remaja lelaki memperjudikan nyawanya meredah api semata-mata mahu menyelamatkan seorang budak yang terperangkap dalam rumah terbakar, lapor media semalam. Sejurus sebelum itu, Nelson Fonangwan, 16, lena tidur tetapi terjaga apabila terdengar jeritan jirannya meminta tolong di kawasan kediaman mereka di Southampton, Hampshire. Menurut Fonangwan, dia mendapati asap tebal keluar dari...

Robot ganti pelajar

BUFFALO - Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama robot interaktif digelar ‘Roboswot’, apabila kehadirannya ke kelas terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan. Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain. Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan...

Bas ekspres terbalik

Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal di lokasi kejadian. REMBAU - Sembilan penumpang cedera parah, sementara 19 lagi cedera ringan selepas bas ekspres dinaiki terbalik dan terseret sejauh 30 meter di Kilometer 233.8 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas ekspres yang bertolak dari Johor Bahru dalam perjalanan ke Kuala Perlis itu hilang kawalan selepas dihalang sebuah...

Nenek melatah lawan penyamun

Keadaan mulut mangsa. PENDANG - Setengah jam bergelut dalam kelambu, akhirnya perompak yang tidak tahan dengan latah dan jerit pekik seorang warga emas terus cabut lari dan meninggalkan mangsanya yang cedera. Kamaliah Ismail, 85, cedera di mulut, kerongkong dan telinga manakala tangan dan badan mengalami lebam-lebam setelah dicucuk menggunakan batang besi dalam kejadian rompakan di rumahnya dekat Kampung Air Puteh Dalam dekat sini awal pagi,...

DJ nyaris jadi mangsa culik, bunuh, bakar

Julie Diana menunjukkan kecederaan yang dialaminya. JOHOR BAHRU – Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu. Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai...

Laporan palsu Reuters, Ninja Wanita Iran selaku pembunuh upahan

TEHERAN: Barisan juri mendapati agensi berita Reuters bersalah melakukan jenayah “propaganda terhadap regim” Iran kerana melaporkan penuntut wanita seni bela diri ninja sebagai pembunuh upahan, lapor media negara itu semalam. Reuters juga bersalah “menerbitkan maklumat palsu dalam usaha mengganggu pendapat awam” dalam laporan disiarkan pada Februari lalu. Kini terserah kepada hakim untuk menetapkan hukuman atas kesalahan itu - dijangka...

Lebih baik mati daripada berpisah

SAMUT PRAKAN (Thailand): Seorang lelaki menembak mati teman wanitanya kemudian membunuh diri kerana teman wanitanya enggan kembali bersamanya, kata polis, semalam. Polis menerima laporan mayat sepasang kekasih yang ditemui di dalam bilik apartmen di daerah Samrong Nua.  Mayat Patcharin Cheakham, 38, dan bekas teman lelakinya Tee Saelee, 44, ditemui di dalam bilik. Kedua-dua mereka ditembak di kepala.  Menurut polis, tangan...

6 petani maut trak terlanggar periuk api

PHNOM PENH: Enam petani mati selepas trak mereka terlanggar periuk api antikereta kebal yang dipercayai ditanam ketika pertempuran antara tentera dan gerila Khmer Rouge pada tahun 1980-an, kata polis, semalam. Dua lagi cedera parah dalam kejadian itu yang berlaku di wilayah Battambang, kelmarin. Ketua Polis Battambang, Khum Soy berkata, mangsa berusia antara 17 dan 56.  “Mereka dalam perjalanan pulang dari pasar apabila terlanggar...

Ngeri! Leher dihiris pembahagi besi jalan

MAUT...anggota polis trafik menutup jenazah mangsa. SERDANG: Mengerikan apabila seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya hampir putus terhiris besi pembahagi jalan dalam kemalangan di Kilometer 306.8 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran hentian Serdang arah tol Sungai Besi, semalam. Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfa Sa’am, 39, berasal dari Pantai Dalam, dekat sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya...

Pantai merah menyala di China

GAMBAR pada 20 September lalu menunjukkan sekumpulan pengunjung melawat Pantai Merah di Panjin, timur laut China. BANDAR RAYA PANJIN, China - Sebuah pantai yang terletak di Delta Sungai Liaohe dekat sini terkenal dengan keunikan permukaannya yang berwarna merah. Fenomena itu berlaku ekoran kehadiran sejenis rumpai laut beralkali yang tumbuh melata di bahagian dasar pantai berkenaan. Rumpai laut berkenaan mulai tumbuh sekitar April atau...

Dua anak harimau bintang mati dipukul kejam

SEKUMPULAN penduduk kampung mengangkat bangkai dua ekor anak harimau bintang di daerah Sivasagar, dalam negeri Assam pada 29 September lalu. JORHAT, India - Dua ekor anak harimau bintang dipukul hingga mati oleh penduduk sebuah kampung dalam daerah Sivasagar, di negeri Assam, timur laut India. Menurut laporan akhbar The Economic Times baru-baru ini, insiden tersebut berlaku selepas kedua-dua ekor haiwan itu muncul di kawasan penempatan penduduk...

Pistol pasangan penjenayah AS dilelong RM1.5 juta

DUA pucuk pistol yang ditemui pada mayat pasangan penjenayah, Bonnie Parker dan Clyde Barrow selepas mereka dibunuh oleh pihak berkuasa pada tahun 1934. NEW HAMPSHIRE - Dua pucuk pistol yang pernah dimiliki oleh pasangan gengster Amerika Syarikat (AS), Bonnie dan Clyde apabila mereka terbunuh dalam pertempuran dengan pihak berkuasa dijual pada harga AS$504,000 (RM1.5 juta) pada satu majlis lelongan di sini kelmarin. Senjata api itu merupakan...

Anjing sertai pertandingan luncur ombak

SEEKOR anjing dipukul ombak dalam pertandingan luncur di Pantai Huntington, Amerika Syarikat kelmarin. PANTAI HUNTINGTON - Lebih 40 ekor anjing pelbagai saiz dan rupa mengambil bahagian dalam Pertandingan Luncur Anjing Surf City di negeri California, Amerika Syarikat. Berlangsung di sini pada Sabtu lepas, kejohanan tahunan kali ketiga itu dibahagikan kepada beberapa kategori berat bermula daripada anjing di bawah sembilan kilogram (kg) hingga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...