Sunday, September 16, 2012

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand

Tentera, seorang wanita ditembak di selatan Thailand
Polis memeriksa kawasan kejadian di Yala, Thailand.
YALA - Tiga anggota separa tentera dan seorang wanita ditembak mati dan mayat mangsa dibakar oleh ahli kumpulan pemisah dalam serang hendap di wilayah bergolak, selatan Thailand, semalam.

Polis daerah Muang, Leftenan Kolonel Charas Chinapong berkata, mangsa diserang ketika dalam perjalanan ke pasar di Yala.

Lokasi berkenaan adalah satu daripada kawasan pemberontakan sejak lapan tahun lalu yang mempunyai penduduk berjumlah 5,300 orang di sempadan wilayah yang majoritinya umat Islam di Thailand.

“Saya fikir mereka sudah terbunuh sebelum sekumpulan lelaki bersenjata membakar trak pikap dan mayat mangsa dijumpai berada di dalam trak," katanya.

Menurutnya, ratusan kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...