Sunday, September 16, 2012

Saudi tangkap 4 tukang sihir

barang sihir

JEDDAH: Empat warga Asia, termasuk dua wanita, ditangkap atas tuduhan mengamalkan sihir dan menipu orang ramai.

Jurucakap polis Jeddah, Brigadier Misfer Al-Juaid berkata, seorang wanita Indonesia berusia 33 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz bersama-sama tangkal, beberapa kertas dan barangan berbau busuk.

Dalam kejadian lain, polis lapangan terbang menangkap seorang warga India yang cuba memasuki Arab Saudi dengan membawa barangan ilmu hitam dan tangkal yang didakwanya ubat.

Apabila disoal, lelaki itu mengaku merancang menggunakannya ke atas keluarga majikannya.

Pihak berkuasa lapangan terbang juga menahan seorang lelaki Pakistan yang membawa tangkal dan didakwa melakukan sihir.

Dalam pada itu, polis Jeddah menyerbu sebuah rumah di daerah Al-Rawabi selepas menerima maklumat mengenai seorang wanita Indonesia mengamalkan sihir.

Wanita itu dikatakan mengambil upah ‘menundukkan gadis’ untuk orang yang mengupahnya. Anggota dari Balai Polis Al-Jami’ah mengepung rumah itu sebelum menangkapnya ketika dia sedang melakukan sihir. 

sumber- SG

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...