2020578

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, October 15, 2012

Rembat seguni buah rambai

Rosli mengaku mencuri seguni buah rambai milik peneroka warga emas di Felda Belara, di sini, 10 Oktober lalu. KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'merembat' seguni buah rambai di sebuah kebun milik seorang peneroka di Felda Belara, di sini, seorang buruh berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Tertuduh, Rosli Abd Malek, 41, yang juga anak jati Felda tersebut boleh dikenakan hukuman...

Gambar lelaki yang mengelirukan

Gambar ini mungkin agak mengelirukan. Sesiapa yang melihat gambar ini pasti mempunyai dua persepsi pandangan berbeza sama ada apa yang dilihat adalah wajah seorang lelaki dari sudut hadapan atau sisinya. Konsep gambar ini adalah hampir sama seperti teori gestalt yang diguna pakai dalam penghasilan seni lukisan. ...

Kolam semulajadi yang menarik

Hamilton Pool merupakan kolam semulajadi yang terbentuk dari runtuhan sungai bawah tanah beberapa ratus tahun yang lalu. Lokasinya ialah kira-kira 23 batu (37 km) barat Austin, Texas. Ianya merupakan kawasan riadah pilihan ketika musim panas bagi pelancong yang datang ke Austin dan juga penduduk setempat. ...

Wanita tidak tahan tekanan terjun kondo

KUALA LUMPUR: Akibat mengalami tekanan dipercayai selepas bergaduh dengan suami melalui telefon, seorang wanita berusia 37 tahun maut selepas terjun dari tingkat enam dalam kejadian di Kondominium Suria Kinrara, dekat Puchong, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun nekad terjun dari bangunan itu akibat tidak tahan dengan masalah yang dihadapi. Sumber berkata, seorang...

Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa

LOS ANGELES - Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi. Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam "Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau...

Berlian 400 tahun bakal dilelong

NEW YORK - Sebutir berlian berusia 400 tahun sebesar ibu jari orang dewasa yang dianggarkan bernilai lebih AS$15 juta (RM45 juta) bakal dilelong di Switzerland pada 13 November ini. Berlian Archduke Joseph yang diberi nama sempena nama Putera Hungary, Archduke Joseph August itu dianggarkan 10 kali lebih berat berbanding cincin berlian yang dipakai aktres terkenal Hollywood, Jennifer Aniston. Berlian milik Aniston itu dipercayai seberat 1.6...

Ibu 9 anak kerugian RM73,000

TUMPAT – Sebelas sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Kok Keli dekat sini, hangus dalam kebakaran tengah hari semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta Proton Saga dan sebuah motosikal milik keluarga terbabit. Mangsa, Noraizan Abdullah, 38, berkata, dia menyedari rumahnya terbakar apabila terlihat asap tebal dari salah satu  bilik tidur anaknya,...

Dua maut kenderaan bertembung

BALING - Dua pemandu maut ketika dalam perjalanan ke hospital setelah kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa bertembung di Kampung Kembai dekat sini kira-kira 3.15 petang, kelmarin. Mangsa, Muhamad Khusani Abdul Majid, 43, dari Kampung Kemelong, Sik manakala Mujahid Sallehuddin, 23, dari Kampung Parit Panjang maut selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, Mujahid...

Bas rempuh rumah kedai

Bas henti-henti yang merempuh tembok bangunan lama sehingga menggemparkan orang ramai, semalam TAMPIN - Orang awam yang berada di deretan rumah kedai berusia puluhan tahun di sempadan Tampin, Negeri Sembilan dan Tampin, Alor Gajah gempar seketika apabila sebuah bas henti-henti merempuh bangunan berkenaan, semalam. Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lokasi terletak di sempadan dua negeri yang juga merupakan lokasi lampu isyarat di tengah-tengah...

Remaja rogol bekas kekasih

KOTA BHARU- Akibat merogol bekas kekasih tiga tahun lalu di Machang, seorang remaja menerima padah apabila dia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Bagaimanapun tertuduh, Muhamad Azroy Azhar, 21,membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan hakim, Azman Mustapha selepas pertuduhan dibacakan juru bahasa mahkamah. Muhamad Azroy yang berasal dari Machang itu, dituduh merogol bekas kekasihnya yang ketika itu berusia...

Tiga sekeluarga maut

Keadaan kereta remuk setelah terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin. LEDANG – Hasrat seorang lelaki pulang ke kampung keluarganya di Bukit Pasir, Muar untuk mengambil buah jambu bersama serbuk asam, tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 5 Jalan Muar-Tangkak, dekat sini kelmarin. Kejadian kira-kira jam 4.45 petang membabitkan sebuah kereta dengan lori yang sarat membawa...

Sembunyi pelanggan bawah selimut

KOTA BHARU-Tindakan seorang tukang urut wanita yang menyembunyikan pelanggan lelaki di bawah selimut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, berjaya dihidu anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB-BRI) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dalam serbuan di sebuah pusat spa, di sini, petang Khamis lalu. Dalam operasi terbabit, wanita berusia lingkungan 20-an itu pada mulanya tidak mahu membuka pintu bilik yang menempatkan...

20 bilik sewa berselerak alat hisap dadah

KUALA LUMPUR: Lebih 20 bilik sewa di Jalan Chow Kit, di sini, berselerak dengan peralatan menghisap syabu ketika serbuan polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi, bermula jam 12 tengah malam kelmarin hingga 3 pagi semalam. Dalam operasi itu, polis menahan 15 lelaki termasuk lima yang memiliki dadah, tujuh ditahan mengikut Akta Imigresen dan tiga lagi dikehendaki polis kerana terbabit kes jenayah sejak dua tahun lalu. Ketua Polis Daerah Dang...

Bintang Red Devil disyaki memandu ketika mabuk

LONDON: Bintang Manchester United, Ryan Tunnicliffe ditahan semalam selepas kenderaan mewahnya bernilai 60,000 pound (RM300,000) terbabit nahas dalam tempoh beberapa jam selepas mendapatkan kuncinya. Pemain bek tengah berusia 19 tahun itu menjalani ujian nafas selepas kejadian tengah hari itu dan ditahan kerana disyaki memandu ketika mabuk. Menurut saksi, dia hilang kawalan ketika memandu kenderaan mewah Range Rover hitam apabila memandunya...

Jumlah anak luar nikah naik

CASABLANCA: Jumlah bayi ditinggalkan oleh ibu tidak berkahwin semakin membimbangkan, kata aktivis Mereka menyalahkan prejudis di dalam masyarakat dan undang-undang lapuk sebagai punca masalah itu.  Penganjur persidangan mengenai keganasan dan diskriminasi terhadap ibu tunggal dan kanak-kanak, Omar Kindi berkata, “Menurut maklumat yang kami kumpul daripada golongan yang menjaga kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah, jumlah mereka semakin...

Singapura masih negara kedua terkaya Asia

SINGAPURA: Kekayaan warga negara ini jatuh 2.5 peratus atau AS$25 bilion (RM 76.4 bilion) kepada AS$1 trilion (RM3.06 trilion) daripada pertengahan 2011 ke pertengahan tahun ini, menurut kajian laporan kekayaan baru-baru ini. Sebab utama kejatuhan itu adalah pengurang dalam aset kewangan keluarga, termasuk produk saham dan insurans.  Kekayaan purata untuk setiap dewasa jatuh empat peratus kepada AS$258,117 (RM789,192) pada tahun lalu.  Namun...

Kaki skodeng kru kabin terlepas hukuman

TOKYO: Seorang lelaki yang suka mengintai menggunakan kamera berbentuk pen untuk mengambil gambar dari bawah skirt kru kabin wanita dalam penerbangan domestik di Jepun, berjaya mengelak daripada didakwa selepas pihak pendakwa raya gagal membuat keputusan di ruang udara wilayah mana pesawat itu berada waktu kesalahan itu dilakukan. Menurut laporan di laman web akhbar Asahi, lelaki berusia 34 tahun itu menjulurklan tangannya dengan kamera kecil...

Budak maut dihempap TV

AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang. ANGKAT...jenazah...

Hanya turun sekilogram selepas belanja RM100,000

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 47 tahun yang dikenali sebagai Wong, berkata, dia membelanjakan Sg$40,000 (RM100,000) untuk program melangsing badan selama tiga bulan, tetapi hanya berjaya menurunkan berat badan sebanyak sekilogram saja. Kini, dia menuntut klinik itu menghentikan program menurunkan berat badan dan memulangkan wangnya.  Wong, seorang pekerja sosial berkata, dia menyertai program mengurangkan berat badan di Klinik Hougang...

Psy ajar pelumba F1 tarian kuda

PSY (tengah), Webber (kiri) dan Vettel menari tarian kuda di litar perlumbaan Formula Satu di Yeongam semalam. YEONGAM - Penyanyi Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kudanya, Psy, 34, mengajar pelumba Formula Satu (F1) Mark Webber dan Sebastian Vettel cara untuk menari tarian itu di Litar Antarabangsa Korea di sini semalam. Dia mengajar kedua-dua pelumba pasukan Red Bull itu sebelum perlumbaan FI Korea Selatan bermula. "Satu, dua,...

Perlumbaan lembu di sawah padi

SEJUMLAH penonton menyaksikan pertandingan perlumbaan Pacu Jawi. - Agensi PADANG PANJANG, Sumatera Barat – Satu perlumbaan lembu di kawasan sawah padi diadakan di sini kelmarin. Sukan itu dikenali sebagai Pacu Jawi dalam kalangan penduduk Minangkabau. Ia diadakan selepas musim menuai padi berakhir. Pada perlumbaan itu, seorang lelaki akan berdiri di atas sekeping papan yang ditarik dua ekor lembu. Lelaki itu turut memukul ekor haiwan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...