Monday, October 15, 2012

Bintang Red Devil disyaki memandu ketika mabuk

LONDON: Bintang Manchester United, Ryan Tunnicliffe ditahan semalam selepas kenderaan mewahnya bernilai 60,000 pound (RM300,000) terbabit nahas dalam tempoh beberapa jam selepas mendapatkan kuncinya.

Pemain bek tengah berusia 19 tahun itu menjalani ujian nafas selepas kejadian tengah hari itu dan ditahan kerana disyaki memandu ketika mabuk.

Menurut saksi, dia hilang kawalan ketika memandu kenderaan mewah Range Rover hitam apabila memandunya mengelilingi estet perindustrian.

Ryan Tunnicliffe
Ryan Tunnicliffe
Dia didakwa merempuh sebuah van menyebabkan ia tercampak sembilan meter ke tembok. Seorang saksi berkata, bintang Red Devil itu “kelihatan pucat seperti hantu” ketika polis bergegas ke tempat kejadian di Heywood, Manchester.

Nahas pada jam 2.15 petang itu berlaku beberapa minggu selepas Tunnicliffe muncul dalam perlawanan pertama Manchester United menentang Newcastle yang membantu bapanya Mick, memenangi pertaruhan RM50,000. Seorang saksi berkata: “Dia tergelincir di jalan raya yang basah.” 

sumber- TS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...