2020535

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Saturday, January 5, 2013

Orang kaya bekerja sebagai tukang cuci 6 hari seminggu

Seorang jutawan dari China sanggup bekerja sebagai tukang cuci semata-mata untuk mengajar anaknya supaya bekerja keras. Yu Youzhen, 53, mempunyai 17 buah pangsapuri dan memiliki banyak harta di China. Namun begitu, dia langsung tidak dibuai dengan kekayaannya. Dalam enam hari seminggu, dia akan bangun seawal subuh untuk menyapu, menggosok dan mengosongkon tong sampah di sepanjang dua kilometer jalan raya yang sibuk di bandar Wuhan, China. "Saya...

Lelaki mabuk diikat ketika penerbangan

Seorang lelaki mabuk yang menaiki sebuah pesawat diikat pada tempat duduknya setelah menyerang seorang wanita dan menjerit bahawa pesawat akan terhempas. Andy Ellwood telah menghantar gambar ini ke akaun Tumblr dengan petikan "Seorang penumpang minum kesemua minuman kerasnya yang bebas cukai di dalam pesawat dari Iceland ke JFK semalam." Lelaki itu juga sempat meludah kepada beberapa penumpang. Setelah dia menjadi tidak terkawal (mencekik...

Aktiviti porno kanak-kanak dibongkar

WASHINGTON: Satu operasi polis antarabangsa membanteras aktiviti pornografi kanak-kanak membawa kepada penahanan 245 orang dan berjaya menyelamatkan 123 kanak-kanak kebanyakannya di Amerika Syarikat (AS), kata agensi keselamatan negara itu semalam. Pengarah Penguatkuasaan Imigresen Dan Kastam AS, John Morton, berkata 23 suspek ditahan di enam negara berasingan. “Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan identiti negara terbabit atas alasan...

Bukan lagi paling gemuk

LONDON: Bekas lelaki paling gemuk di dunia semalam meraikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 292 kilogram. Paul Mason berjaya mengurangkan dua per tiga daripada 445 kilogram berat badannya sebelum ini selepas menjalani pembedahan pintasan gastrik. Pembedahan itu mengurangkan perutnya kepada saiz sebiji telur. Bekas posmen dari Ipswich, Suffolk itu semalam berkata: “Perjalanan saya masih jauh.” Dia berikrar untuk menjadi...

Ramai wanita India minat belajar cara mempertahankan diri

NEW DELHI - Lebih ramai wanita di India mula menunjukkan minat untuk menghadiri kelas yang mengajar cara untuk mempertahankan diri bagi mengelak mereka menjadi mangsa rogol dan keganasan kaum lelaki. Jumlah itu meningkat selepas hampir tiga minggu kejadian seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di sini. SEORANG wanita mengikuti kelas mempertahankan diri di New Delhi pada Rabu lalu. Pelajar...

Pertandingan main bola berminyak

YANGON - Beberapa lelaki bermain permainan bola berminyak di sini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Myanmar kali ke-65 di sini semalam. SEORANG lelaki cuba memasukkan bola ke dalam sebuah raga di Yangon semalam. Bola itu disapu dengan minyak kelapa dan pemenang dikira berdasarkan jumlah bola tersebut berjaya dimasukkan ke dalam sebuah raga. Badan setiap pemain perlu disapu dengan minyak enjin. Myanmar memperoleh kemerdekaan pada...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...