Saturday, January 5, 2013

Lelaki mabuk diikat ketika penerbangan

Seorang lelaki mabuk yang menaiki sebuah pesawat diikat pada tempat duduknya setelah menyerang seorang wanita dan menjerit bahawa pesawat akan terhempas.

Andy Ellwood telah menghantar gambar ini ke akaun Tumblr dengan petikan "Seorang penumpang minum kesemua minuman kerasnya yang bebas cukai di dalam pesawat dari Iceland ke JFK semalam."

kena ikat

Lelaki itu juga sempat meludah kepada beberapa penumpang. Setelah dia menjadi tidak terkawal (mencekik seorang wanita dan menjerit pesawat akan terhempas),  beberapa penumpang lain menangkap lalu mengikatnya sepanjang tempoh penerbangan. Dia kemudiannya diiringi keluar dan ditahan oleh polis selepas pesawat mendarat di JFK.

Naib pengerusi komunikasi koperat Iceland Air, Guðjón Arngrímsson, mengesahkan kelakuan lelaki tersebut amat merbahaya namun dia enggan mengulas mengenai gambar ini. Seorang wakil Penguatkuasa Lapangan Terbang mengatakan penumpang tersebut telah dihantar ke hospital di Queens, tetapi pihak berkuasa memutuskan tidak akan mendakwanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...