Saturday, July 21, 2012

Penuntut UMP maut langgar lori buat pusingan U

KUANTAN - Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan 'U' di KM 13 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Batu Hitam di sini, malam tadi.

Pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal itu, Muhammad Faiz Nor Mohd Fozi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kemalangan berlaku pada 11.45 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke Kuantan.

"Sampai tempat kejadian, dipercayai mangsa gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori terbabit yang sedang membuat pusingan 'U' menghala ke Kemaman," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.

sumber- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...