Tuesday, January 29, 2013

Wanita temui beg tangan selepas tujuh tahun dicuri

PETERBOROUGH - Seorang wanita terkejut selepas menemui semula beg tangan yang hilang tujuh tahun lalu berserta wang tunai £250 (RM1,200) di dalamnya.

Wanita temui beg tangan selepas tujuh tahun dicuri
Parveen Ashraf bersama beg tangannya yang hilang 7 tahun lalu.
Parveen Ashraf, 47, berkata, beg tangan itu dicuri ketika rumahnya di Peterborough, Britain dipecah masuk pada 2006.

“Seorang individu menemui beg itu kira-kira 300 kilometer dari rumah saya,” katanya.

Menurutnya, pencuri itu dikatakan 'kurang cerdik' kerana gagal menemui wang dan beberapa cek tunai di dalamnya.

“Semua barangan peribadi dan wang tunai tidak diambil,” katanya. 

sumber- Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...