Thursday, September 20, 2012

Curi laptop adinda Sultan Kelantan

Mahadi Mahamad
Mahadi cuba menutup mukanya ketika dibawa ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU – Tindakan seorang pengawal keselamatan istana mencuri komputer riba milik adinda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Ogos lalu mengundang padah apabila dia dihukum dua tahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan selepas Mahadi Mahamad, 35, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Dia didakwa mencuri komputer riba berjenama Apple bernilai RM7,500 milik Tengku Amalin A’ishah Putri Sultan Ismail Petra.

Berdasarkan pertuduhan, kejadian berlaku di Istana Mahkota Kubang Kerian di sini, antara jam 12 tengah hari, 29 Ogos dan 2 pagi, 30 Ogos.

Mengikut fakta, komputer riba yang diletakkan di bilik ruang tamu istana berkenaan disedari hilang sebelum laporan polis dibuat.

Hasil siasatan berjaya menahan tertuduh bersama barang kes.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly berkata, beliau bukan sahaja mempertimbangkan nilai barang dicuri malah turut mengambil kira keberanian tertuduh yang menceroboh kawasan larangan  untuk melakukan jenayah itu.

“Hukuman berat perlu dijatuhkan terhadap kamu supaya kamu mendapat pengajaran dan tidak mengulangi kesilapan sama,” katanya. 

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...