Friday, August 17, 2012

30 maut, polis Afrika Selatan tembak pelombong mogok

Anggota polis kelihatan lengkap bersenjata manakala beberapa pelombong terbunuh dalam pertempuran di
Anggota polis kelihatan lengkap bersenjata manakala beberapa pelombong terbunuh dalam pertempuran di Marikana, Afrika Selatan. – Foto ihsan CNN
Pertempuran antara polis dan pelombong yang mengadakan mogok. – Foto ihsan CNN
Pertempuran antara polis dan pelombong yang mengadakan mogok. – Foto ihsan CNN
MARIKANA, Afrika Selatan - Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila polis Afrika Selatan melepaskan tembakan ke arah pelombong-pelombong platinum yang mengadakan mogok sejak beberapa minggu lalu.

Angka rasmi kematian belum dikeluarkan.

Laporan dari tempat kejadian menyebut, keadaan di lokasi sungguh kelam-kabut sehingga sukar untuk mengatakan siapa yang memulakan provokasi dan keganasan.

Perkhidmatan Polis Afrika Selatan dalam kenyataannya lewat malam tadi menyebut bahawa pihaknya cuma mahu meredakan keadaan dengan menghuraikan pelombong yang mogok dan meminta mereka menyerahkan senjata.

Polis berkata, kebanyakan adalah pelombong haram yang beroperasi di kawasan lombong Lonmin di sini.

"Perkhidmatan Polis Afrika Selatan diserang dengan ganas, menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk senjata api," kata agensi polis itu.

CNN memetik seorang wartawan, Taurai Maduna di tempat kejadian berkata, dia diberitahu bahawa mogok yang berlarutan beberapa minggu sepatutnya berakhir semalam.

"Kami menanti dan terus menanti. Polis mula bergerak ke arah kumpulan yang mogok," katanya lagi.

Katanya, polis membawa kawat berduri untuk memagari pelombong-pelombong, yang dipercayai bersenjatakan senapang, parang dan kayu.

Kenyataan Lonmin pula berkata, 10 orang termasuk dua anggota polis telah terbunuh sebelum kejadian semalam.

Katanya, insiden itu menunjukkan ia bukan isu perhubungan perusahaan tetapi satu bentuk keganasan antara pelombong dan pihak berkuasa.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...