PHNOM PENH: Seorang wartawan Kemboja yang mendedahkan aktiviti pembalakan haram ditemui mati dibunuh dan mayatnya ditinggalkan dalam but kereta, kata polis semalam.
Pegawai kanan polis, Song Bunthanorm, berkata mayat wartawan Vorakchun Khmer Daily, Hang Serei Oudom, ditemui dalam kenderaan mangsa yang ditinggalkan di sebuah ladang gajus di wilayah Ratanakiri, kelmarin “Ia bukan rompakan, tapi kes bunuh.
“Ada beberapa kesan kecederaan di kepala yang mungkin disebabkan penggunaan kapak,” katanya. Hang, 44, gagal dikesan sejak dia keluar dari rumahnya petang Ahad lalu.
Ketua Pengarang Vorakchun Khmer Daily, Rin Ratanak, berkata Hang banyak menulis mengenai aktiviti pembalakan haram membabitkan ahli perniagaan serta pegawai kerajaan berpengaruh di wilayah berkenaan. “Kebanyakan berita Hang adalah mengenai kegiatan pembalakan haram membabitkan kayu bernilai tinggi,” katanya.
sumber- AFP
0 comments:
Post a Comment