Saturday, January 12, 2013

Ganja dikawal buaya dalam rumah

ALAMEDA, Amerika Syarikat - Anggota-anggota pihak berkuasa di California Utara telah membuat penemuan yang mengejutkan dalam serbuan dadah di bilik sebuah rumah di Lembah Castro di sini pada Selasa lalu.

Gambar menunjukkan buaya yang menjaga ganja seberat 15.4 kilogram di dalam bilik sebuah rumah di Lembah Castro.

Mereka menemui seekor buaya sepanjang 1.53 meter yang mengawal 15.4 kilogram ganja yang bernilai AS$100,000 (RM302,000).

Buaya spesies Caiman itu diletakkan di dalam sebuah tangki untuk menjaga ganja tersebut.

Haiwan itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan berpaya di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.

rumah suspek

"Pada kebiasaannya, kita akan melihat anjing digunakan untuk mengawal dadah yang disembunyikan di dalam rumah," kata seorang pegawai Pejabat Syerif Alameda, Sarjan J.D. Nelson kelmarin.

Pemilik reptilia itu, Assif Mayar telah ditangkap pada Selasa lalu dan dituduh memproses ganja untuk dijual.

Assif Mayar

Mayar, 32, tidak membuat pengakuan semasa perbicaraannya berlangsung di Mahkamah Tinggi Alameda.

Dia kini ditahan dengan ikat jamin sebanyak AS$20,000 (RM60,400).

ganja

Mayar akan dibicarakan semula pada 15 Januari ini.

Buaya itu kemudian dihantar ke sebuah zoo. 

sumber- Agensi

1 comment:

  1. Bahaya betul . Siap pelihara buaya lagi dalam rumah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...