Friday, August 24, 2012

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Demi mendapatkan sedikit wang, mereka ini rela untuk mengambil risiko dan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri. Kecekalan dan keazaman mereka harus dikagumi demi mencari  rezeki yang halal dan tidak melanggar undang-undang.

1.  Pencuci Tingkap Bangunan

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Dubai sememangnya terkenal dengan kewujudan bangunannya yang tinggi. Bangunan-bangunan ini juga mempunyai beribu keping tingkap yang harus dicuci setiap hari. Untuk menjadi pencuci tingkap di Dubai, seseorang perlulah mempunyai semangat dan keberanian yang sangat tinggi .

Jika pekerja ini melihat terdapat kotoran pada tingkap bangunan, mereka harus keluar untuk membersihkan kotoran tersebut dengan menggunakan alat pembersih biasa. Tiada apa-apa yang pelik mengenai perkara tersebut kecuali bangunan itu tingginya 400 kaki atau bersamaan  dengan 120 meter dari tanah dan mereka keluar mencuci tanpa sebarang alat keselamatan!

Pekerja disini melangkah keluar ke ruang yang sempit dan hanya memegang bingkai tingkap untuk menjalankan tugas. Mereka hanya menjerit memanggil rakan mereka yang berada di sebuah bangunan bersebelahan untuk memastikan tingkap tersebut benar-benar bersih.

Mereka tiada pilihan selain daripada melakukan pekerjaan ini walaupun tidak diberikan hak keselamatan oleh majikan, kerana ribuan yang lain bersedia menggantikan mereka pada bila-bila masa sahaja.

2.  Pekerja Kabel Helikopter (Lineman)

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Pekerjaan ini adalah salah satu pekerjaan paling bahaya di dunia. Linemen yang bekerja dari atas helikopter adalah satu pekerjaan yang sangat khusus dan hanya mereka yang pakar sahaja diberi tugasan seperti ini.

Pekerja ini harus memakai pakaian konduktif khusus yang dihubungkan ke wayar elektrik hidup, dimana jika mereka tersilap langkah, mereka mungkin akan hangus dalam sekelip mata dengan jutaan voltan yang begitu hampir dengan mereka.

3.  Penjinak  Buaya

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Pekerja Taman Buaya Samphran, Bangkok, melakukan apa sahaja lagak ngeri untuk mempersembahkan aksi paling menggerunkan kepada penonton. Mereka telah melakukan aksi di Taman Buaya ini, sejak tahun 1985.

4.  Pelatih Singa

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Sepasang pengantin baru yang sedang berbulan madu di Las Vegas, merakamkan gambar-gambar ini di MGM Grand Hotel. Lelaki di dalam rakaman video ini  diserang oleh singa  jantan dan betina secara tiba-tiba. Walau bagaimana pun, pelatih itu berjaya  melepaskan diri dengan bantuan seorang rakannya. Tiada nyawa yang melayang kecuali pelatih itu mendapat kecederaan ringan.

5.  Target Girl (Gadis Sasaran)

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Target Girl adalah istilah yang digunakan di sarkas untuk menggelar seorang pembantu perempuan  yang berada disasaran untuk dipanah atau dilontar dengan pisau.

Kehadiran pembantu ini sebagai sasaran sememangnya mempunyai  risiko yang sangat besar, seperti kecederaan atau kematian semasa pertunjukan.

6.  Penebang Balak

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Bahaya terbesar, menurut Roger Smith dari RL Logging di Olympia, Washington, adalah ketika bekerja dilereng bukit yang curam.

“Kami bekerja pada lereng berkecondongan 70 darjah atau 80 darjah dengan keadaan sangat berbatu, dan harus menebang pokok berusia 70 tahun dengan minimum diameter batang  30 inci atau lebih. Jika tidak ditebang dengan cara yang betul, batang balak itu akan  menimpa pekerja-pekerja dikawasan itu”


7.  Nelayan

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

Dengan purata 129 kematian per 100000 orang yang bekerja di industri ini dan 61 kecerderaan  per 100000 orang pada tahun 2008, menjadikan industri perikanan dinobatkan di tempat teratas untuk senarai pekerjaan yang paling berbahaya di dunia.

Sebuah Rancangan TV, The Deadliest Catch, disaluran Discovery, memaparkan rutin nelayan di Laut Bearing (Bearing Sea). Mereka hidup dengan bekerja berjam-jam, 7 hari seminggu, dalam gelap, dan tanpa rehat yang cukup.

Mereka harus meneruskan penangkapan, atau kehilangan pendapatan mereka untuk tahun itu. Pelbagai dugaan dan risiko sentiasa membayangi mereka hampir setiap saat. Ombak gergasi, tiupan angin taufan, cuaca sejuk adalah dugaan yang harus dilalui oleh mereka.

8.  Pembersih Periuk Api


Periuk api merupakan senjata pembunuh nombor satu dikebanyakan negara yang pernah mengalami konflik peperangan. Senjata pembunuh ini adalah sangat sukar untuk dikesan dan hanya sedikit gegaran disekitar periuk api itu ditanam sudah cukup untuk menyebabkan ledakan yang membunuh.

Periuk api mudah untuk disebarkan dengan hanya menggunakan pesawat tetapi proses untuk membersihkannya mengambil masa bertahun-tahun serta kos yang amat tinggi.

9.  Buruh  Binaan

Pekerjaan Paling Berbahaya Di Dunia

American Steelworkers mendakwa bahawa kematian buruh binaan semakin meningkat adalah disebabkan dari sikap pemilik dan pengurus projek yang cuba untuk memotong kos pengeluaran. Penyebab paling umum kematian  mereka adalah disebabkan terjatuh dari tempat yang tinggi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...