Thursday, August 9, 2012

Mengamuk isteri masak guna minyak kitar semula

Mengamuk isteri masak guna minyak kitar semula

KUALA TERENGGANU- Hanya kerana punca memasak juadah berbuka puasa menggunakan minyak ‘kitar semula’ yang telah menyebabkan salah seorang anak mereka sakit perut, seorang suri rumah berdepan detik mencemaskan apabila suaminya naik bengang dengan bertindak memukul dirinya dalam satu kejadian Isnin lalu di Kampung Pengkalan Berangan, Marang.

Mangsa bukan sahaja teruk dibelasah, malah dia yang sedang mengandungkan anak keempat mereka yang berusia lima bulan turut diugut akan ditendang kandungannya itu oleh si suami.

Bagaimanapun, sikap panas baran si suami, Mohammad Fazdli Yahya, 29, menerima pembalasan setelah dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan dan denda RM4,000 atau gagal bayar empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noradila Ab Latiff selepas dia yang bekerja sebagai tukang rumah itu mengaku salah menyebabkan kecederaan parah ke atas isterinya, Jamilah Abdullah, 31.

Mohammad Fazdli mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan itu di ruang tamu kediaman mereka di Kampung Pengkalan Berangan, Marang, pada 6 Ogos lalu kira-kira jam 3 petang.

Dengan itu dia mengaku melakukan kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Mohammad Fazdli tidak diwakili peguam bela.

sumber- Sinar

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...