Tuesday, November 6, 2012

Burung Enggang, penyeri landskap beridentiti Malaysia

Burung Enggang merupakan sebahagian dari identiti Malaysia. Ianya turut dikenali sebagai burung Kenyalang. Tidak hairanlah jika terdapat gambar burung tersebut dalam wang kertas RM5 siri terbaru. Dengan memiliki identiti sebegitu, justeru secara tidak langsung kita berasa bangga dengan keindahan flora dan fauna yang kaya di negara kita.

hiasan landskap terbaik

Dalam penyesuaian lanskap beridentitikan Malaysia, seseorang itu boleh menggunakan burung Enggang sebagai pelengkap. Burung yang dimaksudkan bukanlah burung yang benar-benar hidup tetapi hanyalah replika burung tersebut.

seni rekaan landskap taman

Di Utara Semenanjung Malaysia, terdapat sebuah perusahaan yang menjalankan perniagaan penghasilan replika burung Enggang. Uniknya, replika burung tersebut boleh menggerakkan kepalanya mengikut tiupan angin seakan-akan ianya benar-benar hidup. Pengusaha perniagaan tersebut mengakui bahawa dia menerima tempahan dari seluruh Malaysia malah ada juga pelangganannya yang membuat tempahan dari Singapura dan juga Thailand.

hiasan taman di rumah

Berbeza dari replika burung biasa yang kebanyakannya diperbuat dari simen dan juga batu-batu kecil, replika Burung Enggang ini diperbuat daripada bahan mesra alam seperti sabut kelapa dan juga kayu-kayan dari hutan. Ianya amat ringan dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Malahan, replika burung ini sering menjadi pilihan sebagai penghias taman dan juga lanskap di rumah-rumah mewah

Tidak hairanlah jika ada yang sanggup membelinya dengan harga RM500 hingga RM1500 untuk setiap ekor. Bagi yang benar-benar berminat, replika burung ini boleh diperolehi dengan harga RM200 untuk yang bersaiz sederhana serta berkepak putih dan RM250 untuk bersaiz besar serta berkepak warna. Harga yang ditawarkan termasuklah penghantaran hingga ke muka pintu. Urusan jual beli pula boleh dijalankan melalui internet atau melaui talian telefon.

Pembekal replika Burung Enggang ini turut membekalkannya dalam kuantiti yang banyak bagi mereka yang ingin menjadikannya sebagai perniagaan. Sesiapa yang ingin memesannya bolehlah menghubungi Pak Long Sireh ditalian 012-5448191. Replika burung buatan tempatan ini sedikit sebanyak telah menyumbang kepada industri Kraftangan negara. Mungkin tidak lama lagi, ianya mampu menembusi pasaran di luar negara.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...