Monday, October 29, 2012

Lelaki seludup 16 anak harimau dicekup

BANGKOK - Polis Thailand berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 16 anak harimau berhampiran sempadan Laos, kelmarin.

seludup anak harimau
Sebanyak 16 anak harimau cuba diseludup berhampiran sempadan Laos, kelmarin. Gambar: AP
Ketua penyiasat polis daerah tempatan, Leftenan Kolonel Kusol Pongbunchan berkata, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di pintu sempadan di Khon Kaen wilayah di timur laut Thailand.

“Pihak berkuasa turut menemui lebih sedozen anak harimau berusia antara enam minggu dan dua bulan di dalam sangkar pada bahagian belakang trak tersebut,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan mendakwa dibayar 15,000 baht (RM1,602) untuk mengangkut anak harimau itu dari Bangkok.

Beliau berkata, pemandu itu kini menghadapi tuduhan pemilikan haram dan penyeludupan spesies terancam. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...