Sage Moonblood |
AKTOR veteran, Sylvester Stallone ternyata begitu kecewa dan sedih dengan kematian anaknya, Sage Moonblood, 36, minggu lalu.
Menurut jurucakap pelakon itu, Stallone cukup merasai kehilangan mengejut anak kesayangannya yang pernah berlakon bersamanya dalam filem Rocky V itu.
Sage, yang juga seorang pengarah, dilaporkan mati berpunca daripada pengambilan pil secara berlebihan.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kejadian yang menimpanya adalah disengajakan atau satu kemalangan.
Seorang rakan terdekatnya memberitahu, Sage tidak mengalami sebarang masalah atau tekanan, malah merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Pemergian Sage disifatkan sebagai kehilangan besar di Hollywood kerana pemuda itu seorang yang berbakat dalam lakonan dan pengarahan.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment