Monday, July 16, 2012

Ketam Gergasi Tasmania Yang Besar

Ketam Gergasi Tasmania

Ketam gergasi Tasmania ini ditangkap oleh nelayan Australia dan kini ditempatkan dalam sebuah sebuah akuarium di London. Ketam tersebut dibeli dengan harga 3,000 pound (RM14,723) dan diberi nama Claude.

Saiznya bersamaan 100 ekor ketam biasa dan masih mampu membesar atas faktor umurnya yang masih muda. Ia diitangkap di perairan pantai Tasmania dan dijual kepada kumpulan Sea Life bersama dua ekor lagi ketam gergasi Tasmania.


Selepas 29 jam diterbangkan dari Australia ke London dan dikuarantin selama dua minggu, ketam gergasi itu telah bersedia untuk dipamerkan kepada orang ramai di pusat Sea Life di Weymouth, Dorset. Claude memecah rekod sebagai ketam terbesar yang pernah dipamerkan di United Kingdom dengan berat 6.8 kilogram dan cengkerangnya setebal 38 sentimeter.

Ketam Gergasi Tasmania
Ketam Gergasi Tasmania

Sebelum ini, Claude ditempatkan dalam sebuah tangki berbentuk silinder yang mempunyai ketinggian tiga meter dan 1.8 meter lebar. Pada habitat asalnya, ketam hanya memakan haiwan laut yang telah mati. Namun kini, Claude diberi makanan ikan tenggiri yang dipotong dadu serta sotong dan ia dilaporkan gembira dengan diet barunya itu.

Ketam Gergasi Tasmania
Ketam Gergasi Tasmania

1 comment:

  1. JOIN yuk! :) http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...