Monday, July 16, 2012

Jeremin pokok halau nyamuk

Jeremin pokok halau nyamuk
Pokok jeremin atau lebih dikenali dengan nama pokok halau nyamuk

Nama Botani : Pelargonium radula
Famili: Geraniaceae

Pengenalan

Pokok jeremin merupakan tumbuhan hiasan yang ditanam di kawasan sekitar rumah. Ia tidak boleh didedahkan secara terus kepada pancaran matahari yang terik. Pokok ini lebih menggemari suasana yang redup seperti di bawah naungan pokok besar dan boleh ditanam di dalam rumah. Ia membiak melalui keratan batang. Pokok ini memerlukan siraman air secara berjadual (sekurang-kurangnya sekali dalam sehari) untuk memastikan ianya tidak menjadi layu dan  kering.


Kegunaan

Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Ia sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.

sumber- adrydaud

3 comments:

  1. leh saya copy entry herba &botani??? nti saya kasi backlink blog awak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2... pokok ni area kedah susah cari.. so alternatifnya rumah 5zol tanam serai wangi...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...