Monday, July 16, 2012

Budak Penagih Rokok Tegar Jalani Rawatan

Budak Penagih Rokok Tegar Jalani Rawatan

JAKARTA – Kanak-kanak lelaki yang menghisap lebih sekotak rokok sehari ini akan menjalani rawatan bagi menghentikan ketagihannya selama empat tahun itu, kata pegawai kebajikan kanak-kanak semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia, Arist Merdeka Sirait, berkata Ilham, 8, yang menghisap kira-kira 25 batang rokok sehari memerlukan “bantuan kecemasan” kerana ketagihannya sudah mencapai “tahap bahaya” hingga menjejaskan tingkah lakunya.

"Anda dapat lihat perubahan dalam tingkah lakunya apabila dia tidak dapat merokok untuk seketika, dia agresif dan sukar dikawal." "Dia seolah-olah dirasuk kuasa jahat," katanya. Bapa Ilham, Agan Umar, berkata kanak-kanak itu akan memecahkan kaca tingkap atau apa sahaja di sekitarnya jika dia tidak diberikan rokok secara konsisten.


“Saya harap rawatan itu berjaya supaya Ilham boleh kembali ke sekolah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.

Menurut Agan, Ilham akan meninggalkan kampungnya di Sukabumi di Jawa Barat Isnin ini bagi memulakan rawatan intensif khas di Jakarta. 


sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...